awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Mohd Puad perlu diselesaikan segera - SU BN Johor

Astro Awani
Astro Awani
24/04/2018
07:30 MYT
Isu Mohd Puad perlu diselesaikan segera - SU BN Johor
Beliau dimaklumkan bahawa Mohd Puad ada bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin di Kuala Lumpur. - Foto Bernama
Isu melibatkan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu diselesaikan segera.
Setiausaha BN Johor, Datuk Jais Sarday berkata, walaupun jentera di bahagian Batu Pahat itu berjalan seperti biasa, ia dikhuatiri akan menjejaskan dan memberi impak buruk kepada BN Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Malah, katanya, beliau dimaklumkan bahawa Mohd Puad ada bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun ujarnya, beliau tidak mengetahui secara terperinci kandungan perbincangan atau pertemuan itu.
"Kita memang sentiasa berusaha untuk menyelesaikan masalah ini kerana yang penting di peringkat jentera parti bahagian itu setakat semalam sambutan seperti biasa.
“Mungkin ada empat hingga lima cawangan yang marah dan sebagainya tetapi usaha sedang dilakukan supaya mereka ini bersama kita dalam pilihan raya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis serah kunci rumah mampu milik Johor di Taman Mengkibol, Kluang Johor.
Mohd Puad dikatakan meluahkan rasa tidak puas hati ke atas kepimpinan parti negeri apabila tidak mencalonkan namanya sebagai calon bagi kerusi Parlimen Batu Pahat.
Beliau yang sebelum ini kalah tipis pada PRU13 sekali gus gagal mempertahankan kerusi parlimen itu.
Bagi PRU14, BN mempertaruhkan Halizah Abdullah dari UMNO untuk bertanding untuk kerusi parlimen tersebut.
Dalam pada itu, Jais turut memaklumkan, lawatan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi esok di Batu Pahat dan Rengit hanya untuk berjumpa pengundi di kawasan itu.
Katanya setakat ini tiada perancangan perjumpaan secara rasmi antara BN Batu Pahat dengan Ahmad Zahid berikutan perkara itu.
Topic Berkaitan
#isu semasa
#Jais Sarday
#jasa
#Johor
#kecewa
#Ketua Pengarah
#Malaysia Memilih
#merajuk
#Mohd Puas Zarkashi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan