awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Itu gurau senda sahaja' - Khalid Samad jawab perang 'troll' dengan Najib

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
20/01/2019
04:03 MYT
'Itu gurau senda sahaja' - Khalid Samad jawab perang 'troll' dengan Najib
Perang itu dimulakan bekas perdana menteri itu ketika memuat naik sekeping gambar beliau bersama Khalid bertemu orang ramai di sebuah dewan.
"Dia sebut nama saya, jadi saya sebut nama dia balik. Kalau tidak, nanti dia kecil hati pula."
Komen bernada seloroh itu dibuat Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad sebagai reaksi kepada 'perang Twitter' antara beliau dan Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjadi bualan netizen sejak beberapa lepas.
Perang Twitter itu dimulakan bekas perdana menteri ketika memuat naik sekeping gambar beliau bersama Khalid bertemu orang ramai di sebuah dewan.
Mereka kemudiannya saling berbalas sindiran, antara lain berkaitan matawang digital Harapan dan isu 1MDB.
"Kami terima perkara itu sebagai satu cara teguran yang santai dan dalam good spirit, saling berjenaka.
"Tetapi saya rasa beliau memang lebih bagus sebagai pembangkang dan memberi teguran yang sedemikian," kata Khalid.
Dalam pada itu, Khalid tidak rasa ada isu berhubung video yang memaparkan peguam negara Tommy Thomas dan ketua hakim negara Tan Sri Richard Malanjum menari pada majlis sosial di Magellan Sutera Resort di Kota Kinabalu, Sabah bersama beberapa personaliti lain yang tersebar baru-baru ini.
"Saya difahamkan ia merupakan acara tahunan, jadi bagi saya terpulang kepada mereka yang berada dalam bidang itu untuk menilai.
"Mungkin itu satu sesi ice-breaking supaya tidaklah Peguam Negara itu nampak terlalu serius dan sukar didekati peguam-peguam lain," ujarnya.
Khalid ditemui selepas merasmikan acara OKU Sahabatku Fun Run di ibu negara, pada Ahad.
Edisi kedua acara anjuran Yayasan Prihatin Insan (YPI) itu berjaya mengumpulkan lebih 500 peserta, bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang peranan yang boleh dimainkan golongan kelainan upaya (OKU).
Topic Berkaitan
#1MDB
#Khalid Samad
#Menteri Wilayah Persekutuan
#Najib Razak
#Peguam Negara
#pembangkang
#Perdana Menteri
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan