awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
Arsenal sahkan Mikel Merino akan jalani pembedahan kaki
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jamalul Kiram tawar Shafie jadi Ketua Menteri Sabah? - Rizal

Astro Awani
Astro Awani
05/03/2017
15:24 MYT
Jamalul Kiram tawar Shafie jadi Ketua Menteri Sabah? - Rizal
RIZAL: Mohd Shafie membuat jenaka apabila menyifatkan pernah menerima tawaran menjadi Ketua Menteri Sabah daripada Datuk Seri Najib Tun Razak. - Gambar Facebook - Rizal Mansor
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membuat jenaka apabila menyifatkan pernah menerima tawaran menjadi Ketua Menteri Sabah daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor berkata, ia tindakan menghairankan lebih-lebih lagi apabila Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu sendiri menubuhkan Parti Warisan Sabah.
"Di kalangan pemimpin dan ahli-ahli UMNO serta komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah, ia bukan satu rahsia lagi tentang hubungan dingin antara Shafie Afdal dengan Ketua Menteri Sabah kerana nafsu Shafie yang mahu menjadi ketua menteri.
"Sungguh kelakar dan lucu apabila Shafie berkata dia pernah menolak tawaran menjadi ketua menteri. Tawaran menjadi ketua menteri oleh siapa yang dia tolak? Tawaran Jamalul Kiram kot," katanya dalam catatan di laman Facebooknya hari ini.
BACA: Bekas menteri persekutuan pernah minta dilantik jadi ketua menteri - PM Najib
BACA: Tidak hanya tabur janji, WARISAN bakal bawa perubahan di Sabah - Shafie Apdal
Shafie sebelum ini dilaporkan sebuah portal berkata, dia tidak mempunyai sebarang cita-cita untuk menjadi Ketua Menteri Sabah dan pernah menolak tawaran itu daripada Datuk Seri Najib.
Ahli Parlimen Semporna itu berkata, dia akan bertanding di kerusi negeri jika mahu menjadi Ketua Menteri Sabah dan bukan di kerusi Parlimen.
Pada Jumaat, Datuk Seri Najib mendedahkan seorang bekas menteri persekutuan yang kini presiden parti pembangkang, pernah menemuinya dan meminta supaya dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah.
Selain itu Datuk Seri Najib turut menyifatkan permintaan itu sebagai cita-cita peribadi bekas menteri persekutuan itu.
Dalam pada Rizal mempertikaikan tindakan Shafie yang tidak bersama-sama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
"Jom sama-sama fikirkan. Jika dia tidak berminat untuk menjadi ketua menteri kenapa ditubuhkan Parti Warisan Sabah yang perjuangannya hanya tertumpu di Sabah sahaja?
"Kenapa tidak bersama-sama Dr Mahathir dan Muhyiddin di dalam PPBM dan berjuang ke seluruh negara?" soalnya.
Tambahnya, ia sama seperti kes Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang katanya tidak mahu menjadi perdana menteri tetapi bertanding Naib Presiden UMNO iaitu satu jawatan untuk membuka jalan bagi seseorang untuk menjadi perdana menteri.
"Selepas itu kalah dan tidak boleh terima... tolong jangan gelak," ujarnya.
Topic Berkaitan
#BN
#Datuk Rizal Mansor
#Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
#Datuk Seri Najib Tun Razak
#Jamalul Kiram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan