awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan dengar cerita karut ada maksiat di PAU - Ismail Sabri

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
05/12/2017
05:30 MYT
Jangan dengar cerita karut ada maksiat di PAU - Ismail Sabri
ISMAIL: Saya jadi Ketua Pemuda lapan tahun, Exco Pemuda empat tahun, tidak pernah saya dengar cerita pasal ini. - Gambar fail
Dakwaan Wan Asshima Kamaruddin terhadap aktiviti maksiat yang berlaku semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) disifatkan karut semata-mata.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, isu itu tidak pernah timbul selain menghairankan kerana ia kononnya didedahkan selepas bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Puteri Umno Bahagian Klang itu keluar parti.
"Saya sendiri tidak pernah dengar perkara karut itu. Macam mana dia boleh tahu, kecuali dia (yang) buat. "Macam mana dia boleh tahu orang lain buat khalwat dan sebagainya. Saya rasa ini setelah dia keluar daripada UMNO, masuk parti lain baru hendak bercerita pasal ini.
"Kalau dia betul-betul jujur waktu itu dia sudah bercakap dah. Dia sudah tegur kalau perkara ini berlaku," katanya ketika sidang media selepas melancarkan Program 'Back To School' Yayasan Pelajaran Mara (YPM)@KKLW 2018 dengan kerjasama Pemuda dan Puteri UMNO di sini, hari ini.
Sebelum ini, portal berita rasmi pembangkang melaporkan gesaan seorang bekas anggota UMNO yang menuntut pelaksanaan operasi pencegahan maksiat secara besar-besaran bersempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2017.
Portal itu memetik kenyataan Wan Asshima yang berkata, setiap kali Perhimpunan Agung UMNO banyak berlaku pasangan yang berkhalwat berdasarkan pengetahuan beliau selama 17 tahun pernah bersama parti itu.
Dalam pada itu jelas Ismail, Wan Asshima tidak boleh dipercayai kerana bercakap tanpa menggunakan fakta.
Ismail turut mengakui tidak pernah mendengar cerita khalwat itu berkenaan Puteri atau Pemuda UMNO.
"Saya jadi Ketua Pemuda lapan tahun, Exco Pemuda empat tahun, tidak pernah saya dengar cerita pasal ini. Jangan dengar cerita karut ini," tegasnya.
Dalam laporan itu juga, Wan Asshima turut mencabar pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuat operasi besar-besaran bagi menangkap pasangan khalwat.
Topic Berkaitan
#JAWI
#PAS
#Pemuda UMNO
#Puteri UMNO
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan