awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatankuasa induk jentera pilihan raya PH Johor dibentuk

Bernama
Bernama
15/08/2023
08:15 MYT
Jawatankuasa induk jentera pilihan raya PH Johor dibentuk
Jawatankuasa itu akan diketuai Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan (foto) bagi menghadapi PRK kedua kerusi berkenaan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub, pada 23 Julai lepas. -Gambar fail/appsjohor.moe.gov.my
JOHOR BAHRU: Satu jawatankuasa induk jentera pilihan raya oleh pimpinan Pakatan Harapan (PH) Johor dibentuk bagi mendepani Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram, bulan depan.
Menerusi satu kenyataan bersama, PH Johor memaklumkan jawatankuasa itu akan diketuai Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan bagi menghadapi PRK kedua kerusi berkenaan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub, pada 23 Julai lepas.
"PH Johor tidak akan mengambil mudah terhadap dua PRK ini. Segala strategi akan diperhalusi bagi memastikan kemenangan.
"Pada masa sama, perbincangan bersama pihak Barisan Nasional (BN) negeri Johor juga sedang dijalankan atas semangat 'Perpaduan Bawa Rahmah'," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu PH Johor menyedari legasi 'rahmah', kerja keras dan tanda aras terbaik yang ditinggalkan Salahuddin sepanjang perkhidmatannya sebagai wakil rakyat serta anggota kabinet Kerajaan Persekutuan.
Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, pada 23 Julai dan meninggalkan balu Datin Seri Fatimah Taha serta enam anak dan 11 cucu.
PRK bagi kedua-dua kerusi berkenaan ditetapkan pada 9 Sept.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Salahuddin Ayub
#Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai
#Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram
#Aminolhuda Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan