Jemaah Pemangku Sultan Kedah tidak menolak beberapa cadangan nama sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun berkata, nama-nama itu dan perkembangan selanjutnya akan dimaklumkan kemudian.

"Saya maklum saya menghadap Pengerusi Jemaah Di Raja dan telah sembah maklum akan cadangan atas nama pihak UMNO dan perkembangan selanjutnya akan dimaklumkan," katanya semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa portal melaporkan Timbalan Pengerusi Perhubungan MNO Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai individu paling layak menggantikan Mukhriz.

Selain Ahmad Bashah, ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Rahman Ku Ismail dan ADUN Ayer Hangat Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid turut tersenarai.