awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu dan kelindan treler maut, tercampak ke bawah Lebuhraya SPE
Keputusan PRK Kinabatangan, Lamag dijangka diketahui seawal 10 malam Sabtu ini - SPR
Kekal lazat, lebih sihat: Perjalanan Ajinomoto (Malaysia) Berhad bersama rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jentera parti digesa lakukan persediaan hadapi PRU15

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
17/10/2021
10:02 MYT
Jentera parti digesa lakukan persediaan hadapi PRU15
Datuk Zuraida Kamaruddin enggan mengulas tindakan UMNO dan Barisan Nasional yang akan bertanding secara bersendirian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tanpa kerjasama parti lain. - Gambar Astro AWANI
BALING: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin enggan mengulas tindakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding secara bersendirian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tanpa kerjasama parti lain.
Sebaliknya, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mengajak semua jentera parti melakukan persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
“Apa pun (atau) mana parti pun, semua kena buat persediaan untuk pilihan raya. Bila kita sudah bersedia, apa (saja) kemungkinan kita boleh laksanakan,” kata Ahli Parlimen Ampang itu. .
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan bantuan kepada 150 pekebun kecil yang terjejas akibat banjir kilat di Kampung Charuk Kelian di sini, pada Ahad.
Zuraida berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berkata UMNO dan BN akan bertanding secara bersendirian pada PRN Melaka tanpa kerjasama parti lain termasuk Pas yang menjadi sekutunya dalam Muafakat Nasional (MN) atau Bersatu.
Ahmad Zahid berkata, antara punca tiada kerjasama dengan Pas ialah kerana MN tidak pernah didaftarkan.
UMNO dan Pas memeterai piagam MN pada 14 September 2019 yang antara lain bersetuju membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif Islam dan Melayu tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum serta kesejahteraan negara.
Mereka juga bekerjasama dan meraih kemenangan bergaya dalam beberapa siri pilihan raya kecil selepas itu.
Bagaimanapun, hubungan UMNO dan Pas menjadi kendur apabila Pas menyertai Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu tanpa berunding terlebih dahulu dengan sekutunya dalam MN.
Topic Berkaitan
#pilihan raya umum
#PRU15
#jentera parti
#Zuraida Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan