awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Panglima Tentera Darat bercuti, beri ruang siasatan SPRM - Menteri Pertahanan
7 maut, 10 cedera dalam nahas bas terbalik di wilayah pergunungan Vietnam
'Tangan kami terlepas...saya yang lemas, dia yang meninggal dunia'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jika benar sanjung TGNA, serah royalti kepada Kelantan - PAS

Astro Awani
Astro Awani
17/02/2015
07:06 MYT
Jika benar sanjung TGNA, serah royalti kepada Kelantan - PAS
Jika benar sanjung TGNA, serah royalti kepada Kelantan. -PAS
PAS menggesa kerajaan Persekutuan agar menyerahkan royalti petroleum kepada kerajaan Kelantan jika ikhlas simpati dan menyanjungi Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar berkata, menuntut royalti petroleum agar dikembalikan kepada rakyat Kelantan menerusi kerajaan negeri merupakan antara perjuangan Nik Abdul Aziz ketika masih hidup.
Perkara itu ditunjukkan Nik Abdul Aziz apabila hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2010 untuk memfailkan saman kerajaan negeri terhadap Petronas.
"Alangkah lebih baik sekiranya PM Datuk Seri Najib menunaikan hak yang dituntut oleh rakyat Kelantan iaitu royalti minyak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata hasrat Nik Abdul Aziz perlulah diterjemahkan oleh kerajaan Malaysia melalui Petronas dengan berlaku jujur dan berani dalam melaksanakan janji yang telah termeterai seperti di dalam Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 iaitu membayar tuntutan royalti minyak kepada Kerajaan Negeri Kelantan.
Beliau juga berharap perasaan simpati dan sanjungan terhadap Mursyidul Am PAS itu bukan satu kepura-puraan oleh pemimpin Barisan Nasional (BN).
Topic Berkaitan
#BN
#Kelantan
#Mahfuz Omar
#Nik Abdul Aziz Nik Mat
#Petronas
#royalti minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan