awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Joachim Gunsalam sah Timbalan Presiden PBS

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
30/06/2022
22:30 MYT
Joachim Gunsalam sah Timbalan Presiden PBS
Joachim memperolehi undi sebanyak 339. - Foto Facebook/Joachim Gunsalam
KOTA KINABALU: Joachim Gunsalam sah memegang jawatan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) setelah menewaskan pesaing beliau Joniston Bangkuai dengan kelebihan 5 undi.
Joachim memperolehi sebanyak 339 undi manakala Joniston meraih 334 undi sementara 65 undi lagi disahkan rosak setelah diteliti semasa proses pengiraan dijalankan.
Keputusan itu sekali gus menjawab teka-teki wajah yang bakal menggantikan Maximus Ongkili sebagai Presiden dalam masa tiga tahun lagi.
Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah III memegang jawatan Naib Presiden PBS sebelum memutuskan untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden apabila penyandang terdahulu, Radin Malleh, menolak mempertahankan jawatan.
Seramai 741 perwakilan melibatkan diri dalam proses pemilihan itu bermula pada 10 pagi hingga 6 petang sebelum proses pengiraan dimulakan pada 8 malam.
Isnin lalu, Maximus mengumumkan pengunduran beliau daripada jawatan presiden parti dalam masa tiga tahun atau pun kurang daripada itu.
Pada masa yang sama beliau turut memberi isyarat bahawa bakal penggantinya dapat diketahui melalui pemilihan Timbalan Presiden pada Khamis.
Topic Berkaitan
#Joachim Gunsalam
#PBS
#pemilihan PBS
#Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan