KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berikrar untuk memikul tanggungjawab dua portfolio yang diamanahkan kepadanya.
Jelas Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu, amanah yang diberikan akan dilaksanakan sebaiknya sekali gus demi menjayakan agenda pembangunan Kerajaan Sarawak terutama dalam sektor pelancongan, industri kreatif dan pembangunan belia.
“Saya berikrar untuk memikul tanggungjawab ini dengan penuh amanah demi menjayakan agenda pembangunan Kerajaan Sarawak terutama dalam sektor pelancongan, industri kreatif, persembahan seni, belia, sukan dan keusahawanan.
“Sama-sama kita menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang tekad memacu Sarawak sebagai negeri maju di Malaysia, berdaya saing dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030,” ujarnya menerusi satu hantaran di laman facebook rasminya pada Khamis.
Terdahulu, Abang Johari mengumumkan senarai kabinet negeri dan Abdul Karim diamanahkan memegang dua portfolio penting.
Abdul Karim memegang portfolio Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan serta Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan.
Sebelum Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12), Abdul Karim menyandang jawatan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak juga Menteri Belia dan Sukan.
Timbalan Menteri bagi Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Persembahan Seni ialah Datuk Sebastian Ting Chiew Yew (Pelancongan) dan Datuk Snowdan Lawan (Industri Kreatif dan Persembahan Seni).
Timbalan Menteri bagi Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan ialah Datuk Gerald Rentap Jabu (Belia dan Pembangunan Sukan) dan Dr Ripin Lamat (Pembangunan Keusahawanan).
Nuzuluddin Abdul Razak
Thu Dec 30 2021

Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berikrar untuk memikul tanggungjawab dua portfolio yang diamanahkan kepadanya.

RM13 juta sumbangan bina masjid, sekolah tahfiz, bukan rasuah beri projek MyEG - Ahmad Zahid
Wang RM13 juta yang disumbangkan seorang ahli perniagaan kepada YAB bukan rasuah, sebaliknya bagi membangunkan masjid dan sekolah tahfiz di Bagan Datuk, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Lelaki maut ditembak di hadapan isteri, anak depan restoran
Seorang lelaki maut ditembak semasa dia hendak masuk ke dalam kenderaannya, di hadapan sebuah restoran di Jalan Kampung Baru, dekat Sungai Petani, hari ini.

Sekuriti makanan negara: Perlu tindakan susulan jangka sederhana dan panjang - MPPN
MAFI akan ambil tindakan susulan berkaitan segala cadangan dan pandangan yang telah diberikan dalam mesyuarat.

Keputusan lepas tanpa bebas Long Tiger dicabar
1 Jun depan ditetapkan bagi keputusan semakan kehakiman melibatkan keputusan melepas tanpa membebaskan Long Tiger daripada pertuduhan peras ugut, dua tahun lalu.

Kematian 20 kucing bukan diracun, sebaliknya kena jangkitan 'Parvovirus' - JPV Terengganu
Kematian 20 ekor kucing secara serentak di kawasan peranginan Pantai Bukit Keluang dekat Besut pada 6 Mac lepas bukan disebabkan racun, sebaliknya berpunca daripada jangkitan 'Parvovirus'.

Tertarik kandungan al-Quran, Prof. Amerika Syarikat pilih Malaysia untuk peluk Islam
John Nash Houchen telah mengkaji mengenai Islam sejak sekian lama terutama daripada rakan-rakan rakyat Malaysia yang pernah menuntut di Universiti Winconsin.

Inflasi Makanan | Peningkatan ekoran harga pasaran komoditi global
Inflasi makanan di Malaysia dijangka terus meningkat dalam jangka waktu terdekat berikutan tekanan harga pasaran komoditi global dan isu pasca COVID -19. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia merupakan isu sejagat tetapi malaysia sedang berusaha mengawalnya menerusi pengenalan pelbagai subsidi.

Pilihan Raya | 41 peratus belia 'belah bahagi' pilih parti bakal diundi
Lebih 41 peratus golongan belia di negara ini membabitkan mereka dari kalangan 18 tahun ke atas didapati masih berbelah bahagi tentang kecenderungan untuk memilih parti politik yang akan diundi mereka. Menurut Pengasas Bersama Architects of Diversity, Jason Wee, peratusan itu diperolehi menerusi hasil daripada tinjauan yang dijalankan oleh pihaknya ‘Tinjauan Manifesto Aspirasi Belia’ untuk menilai pemlihan golongan tersebut bagi PRU akan datang.

Peneroka rugi RM39,000 diperdaya Macau Scam
Seorang peneroka di Jempol mendakwa kerugian RM39,000 setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pegawai polis pada 7 Mei lepas.

Penipuan | Sindiket mencari pekerja 'scammer' dikesan
Satu sindiket yang aktif memperdaya golongan pencari kerja dengan menawarkan gaji lumayan untuk menjadi scammer, berjaya dikesan di Johor. Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, jenayah itu berjaya dihidu selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa menghadiri temu duga dikendalikan sindiket berkenaan, di sekitar Johor Bahru, baru-baru ini.

Firefly lancar penerbangan terus dari P. Pinang ke Kuching
Firefly melancarkan penerbangan terus dari Pulau Pinang ke Kuching bermula hari ini.

Sarawak tidak akan pertimbang semula tukar gelaran KM kepada 'Premier'
Tegasnya, pindaan Perlembagaan Negeri Sarawak itu telah diluluskan dua pertiga Ahli Dewan Undangan Negeri.

Pelancong ke Sarawak dijangka meningkat 500 peratus - Abdul Karim
Bagi memenuhi jangkaan peningkatan pelancong ke negeri ini jelasnya, beberapa aktiviti utama seperti Spartan Race, Rainforest Music Festival dan Program Citrawarna Malaysia akan diadakan kembali.

DUN Sarawak luluskan RUU gantikan Ketua Menteri kepada 'Premier'
RUU Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 diluluskan selepa menerima sokongan dua pertiga ADUN Sarawak.

Pergolakan politik di Semenanjung tidak gugat Sarawak - Abdul Karim
Pergolakan politik dan demonstrasi rakyat di Semenanjung sesekali mempengaruhi kepercayaan rakyat Sarawak terhadap kerajaan negeri itu.

Sukma KL: 88 atlet Sarawak tarik diri
Seramai 88 atlet Sarawak terpaksa menarik diri daripada menyertai temasya Sukan Malaysia (Sukma) yang dijangka berlangsung di Kuala Lumpur tahun ini.

Kabinet Sarawak: Abdul Karim ikrar pikul tanggungjawab jaga dua portfolio
Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berikrar untuk memikul tanggungjawab dua portfolio yang diamanahkan kepadanya.

Prosedur EnterSarawak perlu dikaji semula, jangan bebankan pemain industri - Karim
Proses permohonan kemasukan menerusi enterSarawak perlu dikaji semula bagi memudahkan urusan para pelancong melancong ke Sarawak.

PRN Sarawak: Abdul Karim nafi ke DUN Satok, selesa di Asajaya
Abdul Karim Rahman Hamzah menafikan beliau akan bertukar angin ke DUN Satok, sebaliknya menyatakan lebih selesa kekal di Asajaya

PRN Sarawak: Tuduh GPS elak Undi18 bukti pembangkang tandus modal - Abdul Karim
Ujar Abdul Karim, pihaknya yakin sekiranya Undi18 sempat dilaksanakan dalam PRN12, golongan ini akan membuat keputusan yang bijak dalam memilih kerajaan baharu.