Kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, semalam merupakan satu pengajaran untuk PH memperbaiki kelemahan atau kekurangan dalam pakatan, terutama dalam menyelesaikan masalah rakyat.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata walaupun tewas, PRK itu memberi peluang kepada PH mendapat maklum balas rakyat mengenai harapan mereka terhadap kerajaan.
"Maklumat kita terima daripada akar umbi tentang apa isu pokok yang rakyat tidak puas hati, kos sara hidup, pembangunan dan sebagainya kita akan teliti walaupun kita kalah.
"Dalam situasi dan keadaan sekarang ini banyak PH kena ambil kira, dan kita kena perbaiki masalah dan keadaan sedia ada," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai keputusan PRK itu, di sini hari ini.
Keputusan PRK Cameron Highlands semalam menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi itu selepas calonnya Ramli Mohd Nor memperoleh 12,038 undi berbanding calon PH M.Manogaran (8,800) manakala dua calon Bebas, Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee masing-masing 314 dan 276 undi.
Bagaimanapun Muhyiddin berkata, beliau yakin keputusan itu tidak menggambarkan keadaan keseluruhan rakyat di negara ini.
Dalam pada itu, mengulas mengenai konflik dalaman kepimpinan Bersatu Perlis, Muhyiddin berkata pimpinan parti peringkat pusat telah mengambil alih kepimpinan negeri untuk menyelesaikan masalah parti itu di negeri ini.
Tanpa menyatakan masalah yang dimaksudkan beliau, Muhyiddin berkata pengambilalihan itu hanya untuk seketika sehingga satu barisan kepimpinan baharu dimuktamad dan diumumkan kelak.
"Langkah-langkah telah dimulakan dan nanti kita akan syorkan apa bentuk penyusunan semula kepimpinan di peringkat negeri.
"Jadi sementara ini saya merayu agak tidak ada pihak mengeluarkan kenyataan, biarlah keadaan tenteram dan teratur dan Insyaallah kita akan selesaikan secepat mungkin," katanya.
Bersatu Perlis menghadapi kemelut dalaman selepas pengguguran Setiausahanya, Wan Saiful Wan Jan sebelum ini dengan alasan faktor kesihatan, bagaimanapun Wan Saiful kemudian mendakwa pengguguran itu dibuat atas faktor lain yang membabitkan krisis integriti kepemimpinan parti itu di negeri ini.
Terdahulu Muhyiddin menjadi ahli panel pada sesi dialog Kongres Melayu Perlis 2019 yang dianjurkan Persatuan Kecemerlangan dan Pembangunan Perlis dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis.
Kongres itu bertujuan memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai nilai-nilai positif yang ingin diterapkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pentadbiran kerajaan baharu di samping menyalurkan kelompok suara rakyat untuk didengari pemimpin negara.
- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 27 2019
MUHYIDDIN: Maklumat kita terima daripada akar umbi tentang apa isu pokok yang rakyat tidak puas hati, kos sara hidup, pembangunan dan sebagainya kita akan teliti walaupun kita kalah.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Twincity Marathon rai golongan kelainan upaya (OKU)
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan kelainan upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon anjuran Ten Senses di Cyberjaya pada Ahad.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Terdapat juga sejumlah besar senjata api yang tidak meletup tertimbus di dalam runtuhan yang menimbulkan risiko kepada kerja pembersihan.
Legenda EPL puji padang SNBJ
Pemain Manchester Reds dan Liverpool Reds memuji keadaan rumput yang cantik dan bersedia untuk kembali beraksi pada masa akan datang.
14 keluarga terjejas dalam banjir kilat di Cameron Highlands
Banjir kilat berlaku ekoran limpahan sungai Kampung Raja dengan anggaran kedalaman air kira-kira 1.5 meter di lokasi.
Cameron Highlands bandar paling bahagia di Malaysia
Persepsi yang diberikan oleh penduduk di Cameron Highlands membuatkan ia dipilih sebagai bandar paling bahagia.
Sultan Pahang mahu pembaikan cerun penempatan Orang Asli Kg Sungai Ruil dipercepat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa supaya projek pembaikan cerun di penempatan Orang Asli Kampung Sungai Ruil, Tanah Rata dipercepatkan.
Tanah runtuh Cameron Highlands, NRES tunggu laporan lengkap
NRES menunggu laporan lengkap berhubung kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands, Pahang, pada Jumaat lepas yang meragut lima nyawa.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Dua mayat terakhir ditemui
Pasukan mencari dan menyelamat petang tadi menemui mayat keempat dan kelima mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands pada Jumaat.
Penerokaan haram dikesan di kawasan runtuhan di Cameron Highlands
Penerokaan haram dikesan berlaku di kawasan runtuhan tanah di Batu 59, Blue Valley di sini.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Mayat ketiga ditemui
Pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat ketiga mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands pada Jumaat.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Operasi hari kedua guna jentera berat
Kumpulan pertama 14 anggota dan dua ekor anjing K9 memasuki lokasi kira-kira jam 8.42 pagi manakala pasukan kedua 14 anggota jam 10 pagi.
SAR mangsa tanah runtuh di Cameron Highlands diteruskan pagi ini
Operasi bermula pada 8.30 pagi dengan melibatkan 158 anggota serta pegawai dari Pahang, Perak dan Selangor.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Operasi SAR sebelah malam disambung SMART dan STORM
Dua ekor anjing pengesan dari Unit K-9 direhatkan setelah melakukan tugasan mencari dan menyelamat (SAR) melebihi tujuh jam.