KLANG: Kemenangan Pakatan Harapan (PH) dan rakan kerjasamanya dalam Kerajaan Perpaduan di Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti penting kerana ia indikator utama dalam memastikan kestabilan politik negara.
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook berkata justeru PH dan rakan kerjasamanya dalam Kerajaan Perpaduan mesti menang dan mendapat mandat yang meyakinkan di Selangor dalam PRN akan datang.
"Jadi cabaran politik kita dalam fasa kedua selepas 100 hari pertama (Kerajaan Perpaduan) ini ialah mesti menang dan mendapat mandat yang meyakinkan daripada rakyat terutama di negeri yang dipimpin oleh PH," katanya dalam ucapan perasmian Konvensyen Tahunan Negeri DAP Selangor 2023 di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo.
Loke yang juga Menteri Pengangkutan seterusnya meletakkan sasaran untuk mempertahankan 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandang DAP di Selangor sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) bagi pembentukan kerajaan negeri yang mantap dan stabil.
Katanya ini kerana Selangor berada di kedudukan yang strategik, dekat dengan ibu kota dan kebanyakan pusat pentadbiran dan ekonomi berada di negeri itu, sekali gus menjadikannya tumpuan utama atau paling 'central' di negara ini.
"Ramai rakyat Malaysia dari seluruh negara yang belajar dan bekerja serta hidup di Selangor walaupun kemungkinan bukan lahir di sini.
"Jadi di Selangor ini, DAP mesti memainkan peranan sebagai satu parti yang memberi peluang kepada anak muda supaya dapat dicungkil bakat untuk terus memperkukuhkan kepimpinan dan jentera parti kerana memang ramai pemimpin muda dalam DAP pada hari ini bermula di Selangor," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 26 2023

Anthony (tengah) merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Negeri Selangor 2023 di Grand Centre Ballroom di Klang. - Foto Sinar Harian

Hans Isaac dilantik Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
Hans Isaac merupakan antara 16 individu dari sektor korporat, persatuan sukan dan sektor kerajaan yang dilantik sebagai Anggota Perbadanan PSM.

Terbuka Singapura: Zii Jia terus dikecewakan tersingkir awal
Lee Zii Jia terus dikecewakan apabila tersingkir awal pada Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2023.

Liga Super: Selangor kenduri gol benam Kelantan United 7-1
Penyerang import dari Colombia, Ayron del Valle muncul wira skuad Gergasi Merah pada aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

China, Amerika Latin bersama rancakkan pembinaan BRI
China dan Argentina memeterai rancangan kerjasama untuk mendorong pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) pada 3 Jun lalu, ketika kunjungan Menteri Ekonomi Argentina, Sergio Tomas Massa ke Beijing.

AirAsia lancar penerbangan langsung Pulau Pinang-Hong Kong, Ogos ini
AirAsia akan melancarkan laluan penerbangan langsung dari Pulau Pinang ke Hong Kong, bermula 10 Ogos ini.

Lionel Messi umum sertai Inter Miami
Keputusan itu sekali gus mengesahkan Messi menolak tawaran lumayan dari sebuah kelab di Arab Saudi.

Boeing kesan kecacatan baharu pesawat 787 Dreamliner
Pembuat pesawat Amerika Syarikat (AS) Boeing pada Rabu mengenal pasti kecacatan baharu pada jet 787 Dreamliner keluarannya.

Lawak melampau: Singapura mohon maaf, Jocelyn Chia bukan lagi warganegara
Kerajaan Singapura tidak boleh menerima kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain.

KPDN sedia pertimbang tambah bekalan gula di negeri tertentu semasa musim perayaan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah bekalan gula di negeri tertentu pada musim perayaan.

KKD gesa Telegram jumpa MCMC untuk elak tindakan
KKD menggesa pihak Telegram mengadakan pertemuan dengan MCMC dalam masa terdekat bagi mengelakkan tindakan berhubung beberapa isu keselamatan siber.

Syed Mokhtar buat pertama kali dedah keakraban dengan Anwar
Tokoh Perniagaan itu ketika berucap pada majlis perasmian Pameran Lukisan Orientalis: Cerminan atau Bayangan? menyifatkan, Anwar sebagai abang.

"Saya bertanding PRN? Tidak benar!" - Nurul Izzah
Nurul Izzah Anwar menafikan beliau antara calon yang dinamakan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan Julai ini.

Zahid tegaskan sudah serik dengan Pas
Ahmad Zahid berkata, berdasarkan pengalaman sebelum ini, tidak ada satu parti yang bekerjasama membentuk Kerajaan Perpaduan akan mempercayai Pas

PRN: MIC, MCA ada minta kerusi - Kon Yeow
Parti MIC dan MCA Pulau Pinang telah meminta beberapa kerusi untuk ditandingi dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang, kata kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang.

Kerajaan Perpaduan gagal tunai janji, kos sara hidup melambung - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa pemerintahan Kerajaan Perpaduan yang tidak meletakkan inisiatif terutama dalam mengendalikan inflasi.

PRN: BN, PH akan terus dapat sokongan pengundi - Ahmad Zahid
Kerajaan Perpaduan akan terus mendapat sokongan pengundi di Negeri Sembilan meskipun PN mendakwa akan berlaku "tsunami" orang Melayu di negeri ini pada PRN akan datang.

Ahli parti komponen PH, BN tiada masalah undi calon bukan parti sendiri - Salahuddin
Beliau percaya ahli parti PH dan BN, akan patuh serta memberikan sokongan dan undi kepada calon yang telah ditetapkan.

PRN: PH dijangka kekal guna logonya di Selangor
Setakat ini tiada isu PH Selangor akan menggunakan logo Barisan Nasional.

Konvensyen bukti Kerajaan Perpaduan kukuh, stabil, berfungsi - Saifuddin
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 membuktikan bahawa Kerajaan Perpaduan adalah sebuah kerajaan yang kukuh, stabil dan berfungsi.

Konvensyen Kerajaan Perpaduan beri isyarat jelas kestabilan kerajaan - Fahmi
Konvensyen Kerajaan Perpaduan yang diadakan esok memberi isyarat jelas bahawa kestabilan kerajaan kini akan menjadi asas kepada pembangunan negara serta kemakmuran rakyat.