Kempen Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu, Sarawak akan diketuai Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Ketua Pergerakan Pemuda BN, Khairy Jamaluddin percaya tiada masalah dari segi kempen dan jentera pilihan raya BN di sana mampu dijalankan dengan lancar.
"Malah, calon BN iaitu balu Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, Datuk Amar Jamilah Anu pun adalah seorang yang dikenali," katanya selepas melancarkan Latihan Askar Wataniah (AW) 2017 dan 'Commander's Challenge' di Rejimen 508 AW di sini, hari ini.
Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO berkata sudah pasti beliau berharap BN akan mendapat sokongan daripada pengundi muda.
"Kita berharap akan mendapat mandat yang besar daripada generasi muda di sana," katanya.
Mengenai pemilihan Jamilah sebagai calon BN yang dikatakan akan mendapat undi simpati dengan kejayaan sebelum ini, beliau berkata perkara itu tidak timbul sebab calon BN adalah seorang yang dikenali dan banyak berbakti di kawasan tersebut.
"Jadi, ini bukan soal simpati tetapi ia adalah soal memilih calon yang terbaik," katanya.
PRK DUN Tanjong Datu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Jamilah, Rapelson Richard Hamit dari Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru dan Johnny Aput dari Parti Reformasi Negeri (Star).
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Feb ini sebagai pengundian awal dan 18 Feb sebagai tarikh mengundi.
Sementara itu, Khairy yang juga Komander Rejimen 508 AW ketika berucap pada majlis tersebut berkata, keamanan dan kesejahteraan yang dianugerahkan Allah swt bukan boleh dikecapi dengan semudah yang difikirkan.
Oleh itu, katanya, anggota AW perlu bersiap sedia menghadapi apa sahaja kemungkinan dan latihan yang mereka ikuti tersebut penting supaya mereka sentiasa bersedia jika keadaan memerlukan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 05 2017
KHAIRY: Tiada masalah dari segi kempen dan jentera pilihan raya BN di sana mampu dijalankan dengan lancar.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).