KUALA LUMPUR: Kenyataan yang didakwa dikeluarkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Alor Setar, yang dikatakan membantah kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Himpunan Madani Kedah 2023 adalah palsu, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini beliau memberitahu bahawa kenyataan palsu itu disebarkan oleh pemilik akaun Telegram 'Edisi Siasat', dan beliau seterusnya mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan perkara itu.
"Sekali baca pun boleh nampak kenyataan media ini salah format, dan direka-reka pihak yang benci Kerajaan Perpaduan," katanya yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH).
AMK pusat menerusi hantaran di Facebook hari ini turut menyiarkan poster penafian kenyataan media berkenaan.
Hantaran itu disertakan dengan kapsyen "Sila rujuk kepada akaun media sosial rasmi Angkatan Muda Keadilan Malaysia untuk sebarang maklumat terkini dan sahih".
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Himpunan MADANI Kedah 2023 yang turut disertai Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 30 2023

Fahmi mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan perkara itu. - Gambar fail

Banjir: Satu PPS dibuka di daerah Kubang Pasu
Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini di daerah Kubang Pasu bagi menempatkan 21 mangsa banjir daripada enam keluarga.
Umpama mimpi jadi kenyataan buat anak yatim Iraq
Yayasan Rumah Iraq untuk Kreativiti ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2004 dengan tujuan untuk melindungi kanak-kanak gelandangan dan anak yatim di Baghdad.
Pasukan SAR teruskan usaha mencari mayat
Pasukan mencari dan menyelamat dari Libya dan Algeria meneruskan usaha mencari mayat mangsa banjir besar selepas dua empangan pecah pada dua minggu lepas.

Kolokium Timbang Tara Antarabangsa London himpun pakar undang-undang bincang kes Sulu
Kolokium itu membawa bersama ilmu dan pengalaman rakan-rakan persidangan untuk menyampaikan penilaian akademik secara mendalam akan impak kes Sulu.

Piala Malaysia: Perak FC layak ke separuh akhir
Perak FC layak ke separuh akhir Piala Malaysia biarpun menang tipis 1-0 berdepan Sabah FC pada aksi suku akhir kedua piala berprestij itu di Stadium Perak, malam ini.
30 kumpulan koir akan menyanyi di Pesta Antarabangsa Samaa
Perayaan lagu tahunan yang bermula pada Jumaat nanti akan berlangsung di North Wall Theatre di Kaherah.
EU bimbang pengambil alihan booking jejas pasaran
Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin mengambil keputusan untuk menyekat agensi pelancongan dalam talian terkemuka Amerika Syarikat, Booking holdings daripada mengambil alih syarikat tempahan penerbangan Sweden, Etraveli Group.
Keputusan itu adalah bagi melindungi pasarannya yang mana pengambil alihan Booking dapat menggugat pasarannya di Eropah dan menjadi lebih dominan di rantau itu.
Keputusan itu adalah bagi melindungi pasarannya yang mana pengambil alihan Booking dapat menggugat pasarannya di Eropah dan menjadi lebih dominan di rantau itu.
Ketua mafia Messina Denaro meninggal dunia
Ketua Mafia yang paling dikehendaki di Itali, Matteo Messina Denaro yang diberkas pada Januari selepas menjadi pelarian selama 30 tahun meninggal dunia.
Polis kutip RM302 juta, Januari hingga Ogos
Polis merekodkan kutipan kompaun lebih RM300 juta membabitkan 3.8 juta saman bagi lapan bulan pertama tahun ini.
17,241 kenderaan perdagangan diperiksa dalam 4 hari
Sebanyak 17,241 kenderaan perdagangan diperiksa bagi tempoh empat hari Op Khas Kenderaan Perdagangan dilaksanakan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman seluruh negara.

PRK Pelangai: Pemuda UMNO nafi protes calon BN
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menafikan berlaku protes terhadap pemilihan Datuk Amizar Abu Adam sebagai calon BN bagi PRK Pelangai.

Jambatan Al-Sultan Abdullah diharap memangkin ekonomi masyarakat - Ahmad Zahid
Jambatan Guai di Kampung Seberang Guai di Bera, diharap dapat memangkin ekonomi masyarakat tempatan.

PRK DUN Pelangai: Jangan terlalu yakin, pihak lawan telah bermukim - Zahid
Ahmad Zahid berkata, rekod di atas kertas menunjukkan BN, dengan kerjasama Pakatan Harapan (PH), dijangka mampu menang selesa.

Penguatkuasaan bersepadu Op Jamin, pulihkan bekalan beras - Ahmad Zahid
Penguatkuasaan bersepadu Op Jamin akan diteruskan agar kekurangan bekalan beras negara dapat diatasi segera dan dipulihkan.

Parlimen: DNAA kes Zahid keputusan Peguam Negara, saya tidak campur tangan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibuat oleh Peguam Negara atas 11 alasan yang dikemukakan.

Semakan semula Akta Orang Asli 1954 sedang giat dilaksanakan - Zahid
Pelan itu dirangka dalam usaha meningkatkan kualiti hidup melalui penyediaan infrastruktur yang lengkap di seluruh perkampungan Orang Asli.

PM akan jawab isu DNAA di Parlimen esok - Azalina
Azalina berkata, Perdana Menteri akan menjawab persoalan DNAA Ahmad Zahid Hamidi pada jam 2.30 petang di Dewan Rakyat.

Tanah seluas 50,000 hektar untuk projek tanaman padi di Sabah dan Sarawak - TPM Zahid
Kawasan seluas 50,000 hektar di Sabah dan Sarawak telah dikenal pasti untuk pelaksanaan projek penanaman padi.

Peruntukan RM30 juta untuk pembangunan TVET di CENTEXS - Ahmad Zahid
Kerajaan meluluskan peruntukan pembangunan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Komersial.

Himpunan Selamatkan Malaysia: Lebih 2,000 peserta berarak ke IPD Dang Wangi buat laporan
Lebih 2,000 individu berbaju putih mula berarak dari kawasan Masjid Jamek Kampung Baru bagi menyertai Himpunan Selamatkan Malaysia, pada Sabtu.