awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan PN di Perak mesti dikekalkan, kata UMNO

Fareez Azman
Fareez Azman
04/12/2020
09:52 MYT
Kerajaan PN di Perak mesti dikekalkan, kata UMNO
UMNO hari ini berpendirian bahawa kerajaan Perikatan Nasional di negeri itu harus dikekalkan.
KUALA LUMPUR:Susulan keputusan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Perak menolak undi usul percaya terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada Jumaat, UMNO berpendirian bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perak mestilah dikekalkan.
Demikian jelas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu kenyataan media.
"Semua barisan EXCO Kerajaan Negeri juga mesti diteruskan, UMNO juga berpendirian bahawa PPBM dan Pas harus bersama mendukung kerajaan PN Negeri Perak," jelasnya.
Malah katanya usul undi percaya hanya melibatkan jawatan Menteri Besar Perak sahaja tanpa mengubah status kerajaan negeri.
Terdahulu, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Jumaat menyaksikan Ahmad Faizal yang juga Menteri Besar gagal memperoleh majoriti usul undi percaya terhadapnya.
48 ADUN didapati tidak menyokong usul berkenaan dan hanya 10 yang menyokong manakala terdapat satu undi rosak atau berkecuali.
Topic Berkaitan
#UMNO
#Perak
#Ahmad Faizal Azumu
#Bersatu
#PAS
#undi percaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan