awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
Tengku Muhammad Fauzi terajui Markas Angkatan Bersama, Zahani dilantik CEO MiDAS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama Bersatu-UMNO di Sabah tidak tergugat - Hajiji

Syah Hairizal Kamalul Arifin, Eleanor Michelle Patrick
Syah Hairizal Kamalul Arifin, Eleanor Michelle Patrick
06/03/2021
09:55 MYT
Kerjasama Bersatu-UMNO di Sabah tidak tergugat - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan kerjasama utuh antara parti itu dengan UMNO Sabah tidak tergugat dengan senario politik semasa di Semenanjung. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan kerjasama utuh antara parti itu dengan UMNO Sabah tidak tergugat dengan senario politik semasa di Semenanjung.
Beliau yang juga Ketua Menteri Sabah itu berkata, pihaknya menerusi kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus menumpukan berkerja demi rakyat di negeri ini.
"UMNO di peringkat pusat maklum hasrat kita untuk mengukuhkan gabungan GRS, dan Bersatu akan terus berkerjasama rapat dengan rakan kita di Sabah bagi menghormati mandat rakyat.
"Sekarang bukan masanya untuk perbalahan politik tetapi tumpuan diberikan terus berkerja demi rakyat.
"Kita berhadapan dengan masalah pandemik, cabaran ekonomi dan kesukaran yang dihadapi rakyat, jadi biarlah kita semua tidak terganggu tetapi berkerja bersama-sama menghadapi semua cabaran ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan medianya pada petang Sabtu
Untuk rekod, UMNO dalam spekulasi baru-baru ini telah mendedahkan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam satu kenyataan di ibu negara semalam mendedahkan UMNO di negeri itu akan terus berkerjasama dengan Bersatu menerusi GRS yang ditubuhkan sebelum ini.
BACA: 'UMNO Sabah ada autonomi, kami akan bekerjasama dengan Bersatu' - Bung Moktar
Jelas Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah itu, UMNO di Sabah mempunyai status autonomi dan menjelaskan tiada masalah untuk terus menjalinkan hubungan dengan Bersatu dan lain-lain parti di bawah GRS.
Topic Berkaitan
#Bersatu Sabah
#Hajiji Noor
#kerjasama
#UMNO Sabah
#Sabah
#Ketua Menteri Sabah
#Gabungan Rakyat Sabah
#GRS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan