awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'UMNO Sabah ada autonomi, kami akan bekerjasama dengan Bersatu' - Bung Moktar

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
05/03/2021
10:10 MYT
'UMNO Sabah ada autonomi, kami akan bekerjasama dengan Bersatu' - Bung Moktar
Bung Moktar berkata, UMNO Sabah tetap akan bekerjasama dengan Bersatu menerusi GRS yang ditubuhkan sebelum ini. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengakui wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, perkara itu benar-benar wujud, namun ia tidak bermakna perlu menghancurkan perjuangan yang dibawa kesemua parti dalam gabungan tersebut.
"Memang ada timbul isu tidak puas hati seperti UMNO tidak puas hati, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) tidak puas hati dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga sama tidak puas hati kerana (mendakwa) UMNO memperolehi banyak jawatan, sedangkan tidak.
"Jadi, susah untuk (kita) puaskan hati semua orang (pemimpin dalam GRS) namun, ini tidak bermakna rasa tidak puas hati itu perlu menghancurkan perjuangan dan yang penting semua pemimpin GRS perlu ada keikhlasan dan pertahankan apa yang kita ada ketika ini," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Jumaat.
Sebelum ini tular spekulasi mengenai keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Janda Baik, Pahang untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mengulas lanjut, Bung Moktar berkata, UMNO Sabah tetap akan bekerjasama dengan Bersatu menerusi GRS yang ditubuhkan sebelum ini.
"Di Sabah, UMNO ada kuasa autonomi, jadi kami tenang dulu daa tetap (jalinkan kerjasama dengan Bersatu).
"Setakat ini, kami tiada isu dan tiada masalah. Kami tetap akan jalin kerjasama (dengan Bersatu dan parti-parti dalam GRS)," katanya.
Sebelum ini Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim turut menegaskan pihaknya tetap meneruskan kerjasama dengan Bersatu.
Topic Berkaitan
#PPBM
#UMNO
#pilihan raya umum
#pilihan raya
#UMNO Sabah
#kuasa autonomi
#Bung Moktar Radin
#Gabungan Rakyat Sabah
#GRS
#politik
#Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan