awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kewujudan Gerakan lebih bermasalah - Pemuda PAS

Astro Awani
Astro Awani
14/11/2014
09:09 MYT
Kewujudan Gerakan lebih bermasalah - Pemuda PAS
Kewujudan Gerakan lebih bermasalah - (Gambar: Fail)
Pemuda PAS menyifatkan kewujudan parti Gerakan dalam lanskap politik Malaysia lebih banyak memberi masalah berbanding PAS.
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat menyifatkan, kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang sebagai tidak bertanggungjawab dan satu cubaan menghasut supaya masyarakat bukan Islam membenci agama Islam.
Katanya, apa yang diperkatakan oleh Tan itu merupakan contoh sikap pemimpin Gerakan yang tidak memahami kehendak orang Islam.
"Saya tidak bersetuju dengan kenyataan Tan kerana apa yng kita lihat, mereka (Gerakan) sering membuat kenyataan yang menghasut orang bukan Islam untuk membenci agama Islam.
"Kerana itu, kewujudan Gerakan sebenarnya lebih banyak memberi masalah kepada rakyat Malaysia berbanding PAS," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Suhaizan juga berkata, sebagai pemimpin politik, Tan sepatutnya lebih bersikap matang dan memahami situasi dalam negara ini.
Katanya, kenyataan seperti yang dikeluarkan oleh Tan itu sepatutnya tidak dikeluarkan kerana negara ini mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.
"Sepatutnya, dia (Tan Keng Liang) lebih faham bahawa negara ini mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan agama.
"Jadi tidak sepatutnya kenyataan seperti itu dikeluarkan kerana ia boleh menguris perasaan orang lain.
"Kita perlu menghormati antara satu sama lain. Kalau pun kita berbeza parti politik dan pandangan tetapi tidak sepatutnya kita keluarkan kenyataan membangkitkan rasa bendi antara satu sama lain," katanya lagi.
Semalam, di laman Twitternya, Tan menyifatkan PAS sebagai 'masalah' dan menegaskan parti Islam itu tidak sesuai berada di Putrajaya kerana dakwanya mereka akan memaksa rakyat untuk menerima cara mereka.
Topic Berkaitan
#GERAKAN
#PAS
#Suhaizat Kaiat
#Tan Keng Liang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan