KUALA LUMPUR: Menjelang peristiwa bersejarah Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini, kerja-kerja persiapan akhir pada petang semalam berjalan lancar.
Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki berkata, persiapan akhir konvensyen itu sudah mencapai 95 peratus, hasil komitmen gerak kerja semua wakil parti dalam Kerajaan Perpaduan sejak dua minggu lepas.
"Komitmen tinggi semua wakil parti dipamerkan sejak dua minggu proses gerak kerja dan persiapan dilakukan daripada peringkat pimpinan tertinggi hingga jawatankuasa pelaksana, demi memastikan konvensyen ini berlangsung dengan lancar esok.
"Secara keseluruhan kita menjangkakan kehadiran lebih 10,000 delegasi parti politik, pemimpin parti malah kita juga mengalu-alukan penyokong, pendukung kerajaan perpaduan serta orang awam sama-sama menyaksikan peristiwa bersejarah ini," katanya kepada pemberita ketika sesi raptai konvensyen itu di Dewan Merdeka WTCKL, pada Sabtu.
Konvensyen yang diadakan buat julung kali itu membuka tirai dengan Konvensyen Nasional Wanita Kerajaan Perpaduan dan Konvensyen Nasional Pemuda Puteri Kerajaan Perpaduan, diadakan secara serentak pagi ini.
Konvensyen diteruskan pada 2 petang dengan Bicara Rakyat oleh pemimpin-pemimpin parti Kerajaan Perpaduan bagi membicarakan mengenai komitmen dalam menyelesaikan isu rakyat termasuk ekonomi, masa depan pembinaan negara bangsa dan konsep MADANI dalam pelaksanaan agenda rakyat.
Segmen itu terbahagi kepada tiga sesi iaitu Memperkasa Ekonomi Rakyat, Membina Negara Bangsa dan Malaysia MADANI.
Kemuncak konvensyen bertemakan 'MADANI: Mewajahi Masa Depan Malaysia' itu bermula pada 3.30 petang dengan amanat Pengerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum berakhir dengan pelancaran tekad bersama konvensyen. - BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2023

Asyraf Wajdi berkata, Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan menjangkakan kehadiran lebih 10,000 delegasi parti politik, pemimpin parti dan penyokong. - Gambar fail BERNAMA

Banjir: Satu PPS dibuka di daerah Kubang Pasu
Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini di daerah Kubang Pasu bagi menempatkan 21 mangsa banjir daripada enam keluarga.
Umpama mimpi jadi kenyataan buat anak yatim Iraq
Yayasan Rumah Iraq untuk Kreativiti ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2004 dengan tujuan untuk melindungi kanak-kanak gelandangan dan anak yatim di Baghdad.
Pasukan SAR teruskan usaha mencari mayat
Pasukan mencari dan menyelamat dari Libya dan Algeria meneruskan usaha mencari mayat mangsa banjir besar selepas dua empangan pecah pada dua minggu lepas.

Kolokium Timbang Tara Antarabangsa London himpun pakar undang-undang bincang kes Sulu
Kolokium itu membawa bersama ilmu dan pengalaman rakan-rakan persidangan untuk menyampaikan penilaian akademik secara mendalam akan impak kes Sulu.

Piala Malaysia: Perak FC layak ke separuh akhir
Perak FC layak ke separuh akhir Piala Malaysia biarpun menang tipis 1-0 berdepan Sabah FC pada aksi suku akhir kedua piala berprestij itu di Stadium Perak, malam ini.
30 kumpulan koir akan menyanyi di Pesta Antarabangsa Samaa
Perayaan lagu tahunan yang bermula pada Jumaat nanti akan berlangsung di North Wall Theatre di Kaherah.
EU bimbang pengambil alihan booking jejas pasaran
Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin mengambil keputusan untuk menyekat agensi pelancongan dalam talian terkemuka Amerika Syarikat, Booking holdings daripada mengambil alih syarikat tempahan penerbangan Sweden, Etraveli Group.
Keputusan itu adalah bagi melindungi pasarannya yang mana pengambil alihan Booking dapat menggugat pasarannya di Eropah dan menjadi lebih dominan di rantau itu.
Keputusan itu adalah bagi melindungi pasarannya yang mana pengambil alihan Booking dapat menggugat pasarannya di Eropah dan menjadi lebih dominan di rantau itu.
Ketua mafia Messina Denaro meninggal dunia
Ketua Mafia yang paling dikehendaki di Itali, Matteo Messina Denaro yang diberkas pada Januari selepas menjadi pelarian selama 30 tahun meninggal dunia.
Polis kutip RM302 juta, Januari hingga Ogos
Polis merekodkan kutipan kompaun lebih RM300 juta membabitkan 3.8 juta saman bagi lapan bulan pertama tahun ini.
17,241 kenderaan perdagangan diperiksa dalam 4 hari
Sebanyak 17,241 kenderaan perdagangan diperiksa bagi tempoh empat hari Op Khas Kenderaan Perdagangan dilaksanakan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman seluruh negara.

Konvensyen Kerajaan Perpaduan wajar diadakan di peringkat negeri - Zahid
Konvensyen itu dapat menjawab tohmahan yang dilemparkan terhadap kerjasama yang dijalinkan oleh parti-parti dalam kerajaan perpaduan.

'Geng Perpaduan' komitmen perkukuh perpaduan rakyat - Fadillah
Inisiatif 'Geng Perpaduan' atau 'GP' bukti komitmen semua parti yang mendukung Kerajaan Perpaduan ke arah memperkukuhkan perpaduan demi membina negara bangsa.

Konvensyen Nasional: Noktahkan permusuhan politik, tumpu agenda kerajaan - Adam Adli
Politik tanah air memerlukan nafas baharu dalam memastikan agenda yang dibawa Kerajaan Perpaduan dapat dicapai.

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan berlangsung hari ini
Konvensyen menghimpunkan perwakilan dan pemimpin daripada 19 parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Komitmen tinggi wakil parti pastikan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan lancar
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan menjangkakan kehadiran lebih 10,000 delegasi parti politik, pemimpin parti dan penyokong.

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan fokus kepada rakyat, ekonomi negara
Menerusi konvensyen ini, Kerajaan Perpaduan dapat membuktikan usaha-usaha untuk menjatuhkan kerajaan itu merupakan sesuatu yang sia-sia.

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan akan tingkat keserasian parti gabungan - Ahmad Zahid
Konvensyen kali pertama itu, akan memberi peluang kepada kepimpinan parti gabungan dari pelbagai peringkat untuk bersama.

Mesyuarat Agung dibatalkan, AMANAH tegaskan kekal stabil
Sebanyak 148 AGM termasuk peringkat kawasan, sayap pemuda dan wanita AMANAH dibatalkan di seluruh negara kecuali Sabah.