awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konvensyen Amanah kecoh, perwakilan desak usul pemilihan parti dibahas

Sinar Harian
Sinar Harian
09/11/2025
06:30 MYT
Konvensyen Amanah kecoh, perwakilan desak usul pemilihan parti dibahas
Keadaan bertukar tegang apabila seorang perwakilan diiring keluar, disusuli insiden tolak-menolak kecil yang terpaksa dileraikan oleh sukarelawan parti. - Gambar/ Astro AWANI
SHAH ALAM: Usul berkaitan pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung tahun hadapan antara yang menjadi perhatian pada hari kedua Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) 2025 di sini.
Suasana menjadi sedikit tegang apabila beberapa perwakilan mendesak agar usul tersebut dibahaskan segera.
Pengerusi persidangan, Azhar Abd Shukur berulang kali menenangkan keadaan sebelum membenarkan dua perwakilan membentangkan cadangan masing-masing mengenai pemilihan parti.
Bagaimanapun, keadaan kembali tegang apabila adanya pandangan berbeza dengan mencadangkan agar pemilihan parti ditangguhkan selepas tahun 2026, manakala seorang lagi mahu ia diteruskan seperti yang dijadualkan.
"Kami mahu ia dibahaskan, bukan sekadar dicadangkan," katanya.
Selepas keadaan kembali tenang persidangan diteruskan dengan usul lain yang telah diterima untuk dibahaskan.
Usul pertama yang dibincangkan selepas itu ialah cadangan menaikkan had umur sayap wanita muda Amanah daripada 35 kepada 40 tahun.
Media sebelum ini melaporkan Naib Presiden Amanah, Datuk Mohd Hatta Ramli, menjelaskan bahawa usul berhubung pemilihan parti tidak akan dibahaskan dalam konvensyen kali ini kerana ia dianggap terlalu awal serta tidak selaras dengan perlembagaan parti yang melarang sebarang keputusan dibuat sebelum waktunya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Amanah
#Parti Amanah Negara
#kekecohan
#usul pemilihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan