awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis MB Terengganu: 'Semua sudah berakhir, saya mahu buat kerja' - Ahmad Razif

Astro Awani
Astro Awani
25/05/2016
01:51 MYT
Krisis MB Terengganu: 'Semua sudah berakhir, saya mahu buat kerja' - Ahmad Razif
Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata isu ini sepatutnya tidak lagi ditimbulkan kerana ia disifatkan sudah berakhir. - Foto Astro AWANI
Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman meminta mana-mana pihak tertentu agar menghentikan spekulasi pertukaran Menteri Besar negeri itu.
Tegasnya, ia sepatutnya tidak lagi ditimbulkan kerana isu berkenaan disifatkan sudah berakhir dan beliau hanya ingin menjalankan tugas sebagai Menteri Besar seperti biasa.
Ahmad Razif mengulas tindakan sebuah portal di negeri itu yang menyiarkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pertemuan tertutup dengan ahli serta pemimpin UMNO sempena lawatan kerja sehari ke Terengganu.
“Saya tak tahulah. Saya pun tidak terlibat dengan Terengganu Times ini. Kadang-kadang banyak sangat cerita yang tidak betul,” katanya.
Tegasnya, kedudukannya sebagai Menteri Besar bergantung kepada kepercayaan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan presiden parti.
Ditanya pandangannya mengenai kenyataan Perdana Menteri berhubung isu terbabit, ini jawapannya:
"Itu kena tanya (YAB) Perdana Menteri kita sendiri. Tapi bagi saya hari ini Perdana Menteri menyatakan bahawa isu ini sudah habis, sudah tidak ada. Untuk bergerak ke hadapan, kita sedang berkerja menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 yang sudah tidak lama lagi,” katanya.
Ahmad Razif ditemui selepas merasmikan karnival My Skill Fair dan Dapur Terengganu di sini, malam tadi.
Topic Berkaitan
#Ahmad Razif Abdul Rahman
#Menteri Besar Terengganu
#Najib Tun Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan