awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Kes 1MDB: Najib didapati bersalah atas semua 25 pertuduhan babitkan dana RM2.3 bilion
Kedutaan nasihatkan rakyat Malaysia elak kawasan sempadan
[TERKINI] Najib bersalah 21 kes AMLA dana 1MDB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langkah "Gombak 10" reaksi terhadap kedurjanaan politik - Shahrir Samad

Hakim Rahman
Hakim Rahman
19/01/2021
03:38 MYT
Langkah "Gombak 10" reaksi terhadap kedurjanaan politik - Shahrir Samad
Shahrir menganggap kes berkenaan menarik untuk diperhatikan bagi melihat sama ada mahkamah mampu membicarakan kes sivil itu sebagai sumbangan ke arah kematangan politik negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Tuntutan saman yang dibawa oleh 10 orang pengundi Gombak terhadap Ahli Parlimen mereka, Datuk Seri Azmin Ali dilihat sebagai tindak balas pengundi untuk menentang "kedurjanaan politik".
Menurut bekas Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad, walaupun kerajaan yang ada ketika ini dianggotai ramai ahli politik yang melompat parti tetapi ia masih sah di sisi perlembagaan.
"Oleh itu, saman sekumpulan 10 pengundi Gombak - 'Gombak Ten' - menuntut ganti rugi di atas kegagalan kewajipan fidisuari (fidicuary duty) dan penipuan (deceit) Azmin ialah satu tindak balas pengundi terhadap wakil rakyatnya.
"Negara kita tidak ada 'recall system' yang membolehkan pengundi membuat petisyen supaya diadakan pilihan raya semula apabila berlakunya satu 'kedurjanaan' politik seperti meninggalkan parti asalnya," katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Kata Shahrir, kes berkenaan juga menarik untuk diperhatikan bagi melihat sama ada mahkamah mampu membicarakan kes sivil itu sebagai sumbangan ke arah kematangan politik negara.
"Bagi saya, perlu adanya cara mengatasi kedurjanaan politik dengan mengiktirafkan bahawa seorang wakil rakyat juga ada kewajipan fidusiari dan tidak boleh menipu pengundi-pengundinya," tambahnya.
Tugas fidusiari biasanya merujuk kepada hubungan antara pemegang amanah dan penerima manfaat (benefisiari).
BACA: 10 pengundi Gombak saman Azmin Ali
BACA: Tun Mahathir sedia jadi saksi bantu 10 pengundi Parlimen Gombak
Sebelum ini 10 pengundi Gombak mengemukakan saman terhadap Azmin kerana berpendapat bekas Timbalan Presiden PKR itu telah melanggar kepercayaan mereka dengan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam "Langkah Sheraton" tahun lalu untuk menjatuhkan Pakatan Harapan, walaupun telah berkempen dan memenangi kerusi Gombak dengan tiket PKR/Pakatan Harapan.
Azmin dilaporkan akan mengajukan permohonan untuk membatalkan saman itu, dengan alasan tidak mempunyai alasan tindakan yang wajar, atau menganggap saman itu bersifat skandal, menjengkelkan dan remeh.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#saman
#pengundi
#mahkamah
#Gombak
#shahrir samad
#rakyat
#PKR
#Barisan Nasional
#Pakatan Harapan
#Facebook
#Mahathir Mohamad
#Gombak Ten
#Langkah Sheraton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan