awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letak jawatan kalau PM suruh - Mat Sabu

Sinar Harian
Sinar Harian
25/01/2025
06:02 MYT
Letak jawatan kalau PM suruh - Mat Sabu
Mohamad Sabu (kiri) ketika sidang media pada Konvensyen Nasional Amanah hari ini.- Foto Bernama
SHAH ALAM: "Itu (akan dibuat) kalau Perdana Menteri suruh (letak jawatan)."
Demikian tegas Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu ketika ditanya mengenai gesaan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hanipa Maidin untuk meletak jawatan dalam Kabinet sekiranya kerajaan menghalang perhimpunan anti rasuah pada Sabtu.
Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, Hanipa berhak untuk menyatakan pandangan dalam negara yang mengamalkan demokrasi seperti Malaysia.
"Dia (Hanipa) bebas memberi pandangan dan (hak) itu dalam dunia demokrasi," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Amanah 2024, di sini pada Sabtu.
Sebelum ini media melaporkan, Hanipa meminta Ahli Parlimen Kota Raja itu melepaskan jawatan sekiranya kerajaan menghalang Himpunan Rakyat Benci Rasuah anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di Kuala Lumpur.
Bekas Ahli Parlimen Sepang itu berkata, beliau telah menghabiskan sebahagian besar hidupnya sebagai peguam mewakili Mohamad yang pernah terlibat dalam siri-siri perhimpunan aman sebelum ini.
Sementara itu Mohamad menjelaskan, Amanah tidak menghalang mana-mana ahli parti tersebut untuk menyertai perhimpunan berkenaan.
"Siapa sahaja yang mahu terlibat (dalam perhimpunan), tidak ada masalah. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohamad Sabu
#letak jawatan
#PM suruh
#Hanipa Maidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan