awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
Latihan Harimau Shakti kukuhkan kerjasama pertahanan Malaysia-India
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Loga Bala sah Presiden MyPPP baharu

Bernama
Bernama
01/09/2024
09:42 MYT
Loga Bala sah Presiden MyPPP baharu
Ahmad Zahid (tengah), Loga Bala (tiga, kiri) bersama kepimpinan MyPPP menyanyikan lagu 'Tanggal 31' pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Rakyat (MyPPP) ke-71 di WTCKL hari ini. -Bernama
KUALA LUMPUR: Datuk Dr J. Loga Bala Mohan diumum sebagai Presiden Parti Progresif Rakyat (MyPPP) baharu hari ini selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan jawatan utama parti itu.

Ringkasan AI
  • Datuk Dr J. Loga Bala Mohan diumum sebagai Presiden MyPPP yang baharu selepas menang tanpa bertanding, menggantikan mendiang Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz.
  • Pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-71, beberapa usul dibentangkan termasuk meminda perlembagaan parti, menukar nama jawatan Naib Presiden Kanan kepada Timbalan Presiden, dan penjenamaan semula logo parti kepada PPP.
  • Kerusi Timbalan Presiden kini diisi oleh Datuk Mohan A Kandasamy yang sebelum ini memangku jawatan Naib Presiden Kanan.

Setiausaha Agung MyPPP Datuk Inder Singh Beant Singh berkata pemilihan Loga Bala yang sebelum ini memangku jawatan presiden itu disokong sebulat suara perwakilan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-71 parti itu.
"Pada AGM kali ini kita turut mengusulkan antaranya meminda perlembagaan parti, penstrukturan semula jawatan Naib Presiden Kanan yang ditukar nama kepada Timbalan Presiden.
"... ini juga termasuk mencadangkan penjenamaan semula logo parti serta akan kembali dikenali sebagai PPP, selepas pindaan diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS)," katanya kepada pemberita selepas AGM itu hari ini.
Loga Bala menggantikan mendiang Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz yang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor pada 17 Nov 2023.
Sebelum ini Loga Bala yang merupakan naib presiden kanan parti itu memangku jawatan presiden berdasarkan Perkara 9.10 perlembagaan parti yang menetapkan bahawa naib presiden kanan akan bertindak sebagai presiden sekiranya jawatan itu kosong.
Inder Singh berkata kerusi Timbalan Presiden MyPPP pula kini diisi Datuk Mohan A Kandasamy yang sebelum ini memangku jawatan Naib Presiden Kanan.
MyPPP yang ditubuhkan pada 1953 pada masa ini mempunyai 320,000 keahlian di 119 bahagian dan 3,119 cawangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MyPPP
#loga bala mohan
#Parti Progresif Rakyat
#menang tanpa bertanding
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan