awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Syura Ulama Pas bermesyuarat malam ini

Sinar Harian
Sinar Harian
09/05/2018
05:21 MYT
Majlis Syura Ulama Pas bermesyuarat malam ini
Takiyuddin bersama isteri membuang undi di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu, pagi ini. - Foto Sinar Harian
Majlis Syura Ulama Pas akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan perkembangan semasa termasuk pendirian parti itu sekiranya parlimen tergantung di Rusila, Marang, malam ini.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, mesyuarat tersebut akan dipengerusikan sendiri Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Kelmarin kita mengadakan mesyuarat harian dan memutuskan satu mesyuarat Majlis Syura Ulama perlu diadakan malam ini.
“Mesyuarat ini akan membuat beberapa ketetapan terhadap sebarang kemungkinan yang akan berlaku, contohnya mungkin (kedudukan) parlimen tergantung,” katanya kepada Sinar Harian selepas membuang undi di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu, hari ini.
Takiyuddin yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Kota Bharu ditemani isterinya, Datin Hariza Yusoff.
Menurut beliau, pucuk pimpinan parti diketuai Abdul Hadi akan mengeluarkan kenyataan terbaru selepas mesyuarat berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Takiyuddin memberitahu, hasil tinjauan beliau berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian PRU14 kali ini.
“Berdasarkan maklumat diperoleh, setakat ini tidak ada apa-apa insiden buruk berlaku.
“Nampak trend di seluruh kawasan pengundi keluar lebih awal mengundi, ada saluran orang muda mengalami kesesakan tetapi ia tetap berjalan lancar,” katanya.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Majlis Syura Ulama
#mesyuarat
#Parlimen Kota Bharu
#parti
#PAS
#politik
#PRU14
#Takiyuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan