Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sah bertanding di dua kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti .

Beliau bakal bertanding di kerusi Parlimen Pasir Gudang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas.

"Ya, Menteri Besar (Johor) akan bertanding di dua kerusi iaitu Parlimen Pasir Gudang dan DUN Permas," kata Mohamed Khaled sewaktu Majlis Pengumuman Calon-Calon BN Johor di ibu pejabat Umno negeri, di sini hari ini.

Bagi kerusi Parlimen, seramai 16 calon Umno, 8 daripada MCA, seorang dari MIC dan Gerakan.

Manakala bagi kerusi DUN, seramai 35 calon dari Umno, 15 dari MCA, empat dari MIC dan dua daripada Gerakan.

Daripada 82 calon bagi kerusi Parlimen dan DUN, sembilan calon terdiri daripada calon wanita, dua calon merupakan calon pemuda, dan seorang calon daripada pergerakan Puteri.

BN Johor menawarkan 37 orang calon baharu untuk Parlimen dan DUN bersamaan dengan 45.1 peratus.

Seramai lima muka baharu menjadi calon kerusi Parlimen dan dan 32 muka baru bagi kerusi DUN.


Daripada 20 kerusi Parlimen, yang dimenangi BN pada PRU ke 13, 15 penyandang dikekalkan manakala dua ahli Parlimen tidak dicalonkan semula.

Seorang calon bertukar bertanding DUN, seorang calon tidak bertanding dan seorang calon berpindah Parlimen.

Sementara bagi kerusi DUN, daripada 37 kerusi yang dimenangi BN, 19 penyandang kekal dan 13 calon tidak dicalonkan semula.

Tiga calon berpindah bertanding di kerusi Parlimen.

Dua calon ADUN tidak menawarkan diri untuk bertanding.


Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan beliau akan bertanding di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pada majlis pengumuman calon-calon BN Johor bagi PRU14 di Ibu Pejabat Badan Perhubungan UMNO Johor, di sini hari ini, Menteri Besar berkata beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Pasir Gudang dan mempertahankan kerusi DUN Permas.

Mohamed Khaled pernah bertanding di kerusi Parlimen Pasir Gudang pada 2004 dan 2008 manakala DUN Permas pada 2013.

Beliau berkata pada PRU14, UMNO akan bertanding di 16 kerusi Parlimen dan 35 DUN, MCA (lapan Parlimen, 15 DUN), MIC (satu Parlimen, empat DUN) manakala Gerakan (satu Parlimen, dua DUN).

"Daripada 20 kerusi Parlimen yang dimenangi oleh BN pada PRU13, seramai 15 penyandang dikekalkan, dua penyandang kerusi Parlimen Pasir Gudang dan Kota Tinggi tidak dicalonkan semula.