awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCA kenal pasti awal calon PRU14

Bernama
Bernama
13/09/2016
08:39 MYT
MCA kenal pasti awal calon PRU14
SIN WOON: Langkah itu adalah antara persiapan awal parti itu dalam menghadapi PRU, selain mengadakan pelbagai program mendekati rakyat. - Gambar fail
MCA mengambil langkah proaktif dengan mengenal pasti calon-calon yang layak bertanding mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Ketua Pemuda MCA Senator Chong Sin Woon.
Beliau berkata langkah itu adalah antara persiapan awal parti itu dalam menghadapi PRU, selain mengadakan pelbagai program mendekati rakyat.
Pada 2014, MCA menubuhkan jawatankuasa pengelola PRU14 di bawah pimpinan Timbalan Presidennya Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang merancang dan membuat persiapan pilihan raya termasuk peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM).
"Semua pihak termasuk akar umbi MCA perlu tingkatkan usaha bagi memenangi hati serta mendapatkan sokongan pengundi berbangsa Cina ... ingin saya ingatkan bahawa kemenangan keseluruhan dalam pilihan raya umum akan datang tidak hanya berdasarkan kaum Cina sahaja.
"MCA berkhidmat untuk semua kaum di Malaysia dan apa yang MCA perlukan adalah sokongan padu dari semua anggotanya," kata beliau ketika berucap merasmikan Pesta Tanglung Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-37 di Wisma MCA hari ini.
Pesta Tanglung UKM ke-37 itu, yang berlangsung sepanjang semester satu 2016, bertujuan memperkenal kebudayaan Tionghua yang unik kepada masyarakat pelbagai kaum yang lain.
Pesta Tanglung itu juga menjadi saluran yang menyatupadukan pelajar baharu dan membolehkan mereka saling berkenalan dan berinteraksi sepanjang aktiviti dijalankan.
Topic Berkaitan
#Chong Sin Woon
#MCA
#PRU14
#Wee Ka Siong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan