MCA berazam memastikan kerusi Parlimen Gopeng kembali menjadi milik parti itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ong Ka Chuan.
Beliau berkata Parlimen Gopeng merupakan antara kubu kuat MCA dari tahun 1986 hingga 2004 yang terlepas ke tangan pembangkang pada PRU 2008.
Katanya kemenangan itu tidak mustahil untuk dicapai jika semua jentera bekerja keras dan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada calon serta parti.
"Pada tahun 1986, bekas Presiden MCA, Datuk Seri Tan Koon Swan menang di Parlimen Gopeng, jejak itu kemudiannya diteruskan oleh Tan Sri Dr Ting Chew Peh hingga tahun 2004 iaitu pada PRU11.
"Jadi, tak mustahil kemenangan boleh kita capai sekiranya ada usaha yang jitu melibatkan sokongan daripada ahli parti dan masyarakat sekitar Parlimen ini," katanya dalam sidang media selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan MCA Gopeng di di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Ong berkata MCA akan melipatgandakan usaha dan memperkasakan jentera parti bagi mengembalikan sokongan pengundi terutama kaum Cina dalam menghadapi PRU14.
"Kita berharap PRU14 akan menjelmakan sesuatu yang menggembirakan kepada MCA sama ada di peringkat negeri atau pusat," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Sun Jun 11 2017
ONG: Tidak mustahil kemenangan boleh kita capai sekiranya ada usaha yang jitu melibatkan sokongan daripada ahli parti dan masyarakat sekitar Parlimen ini. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
JIM Perak tahan 95 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 95 warga asing dalam serbuan ke atas 25 premis di sekitar Ipoh dan Gopeng, semalam.
Rahsia kubur lama British terbiar di Kota Bharu, Gopeng
Ia dikatakan kubur seorang pegawai British, H.Forker ESQ yang bertugas sebagai ahli penyiasat galian British di Kampar.
Ibu maut, anak tercampak kereta dilanggar dari belakang
Seorang wanita maut sementara anak lelakinya berusia dua tahun tercampak dari kereta dalam nahas dua kenderaan di Kilometer 291.3 PLUS arah selatan berhampiran RTC Gopeng.
Lori muatan simen terbakar, lebuh raya sesak 9km
Sebuah lori dengan muatan simen mengalami kebakaran di Kilometer (km) 299.4 arah utara, Lebuhraya Utara Selatan, malam tadi.
PRU15: Calon PH Parlimen Gopeng positif COVID-19
Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing mengesahkan dirinya positif COVID-19 selepas melakukan ujian kendiri hari ini.
30 kru filem terperangkap dalam Gua Tempurung diselamatkan
Kesemua 30 kru filem yang terperangkap di dalam Gua Tempurung, Gopeng di sini, berjaya diselamatkan dan dibawa keluar dari kawasan tersebut.
Wanita 50-an maut, kereta dinaiki terbabas langgar tiang papan tanda jalan
Dalam kejadian itu, seorang lelaki berusia 60-an yang juga menaiki kenderaan sama, mengalami cedera parah.
Lelaki mengamuk hayun parang, sabit atas kereta peronda polis direman empat hari
Suspek direman sehingga 12 September ini bagi membantu siasatan.
Kanak-kanak ditemukan terapung di lombong selepas hilang sejak semalam
Mayat kanak-kanak autisme itu ditemukan pasukan operasi mencari dalam jarak kira-kira 80 meter dari rumah keluarga mangsa pada 9.45 pagi.
Kanak-kanak dipercayai hilang selepas keluar dari rumahnya di Gopeng
Muhammad Fayyadh Ukasyah seorang kanak-kanak autisme dengan masalah hiperaktif, kurang pendengaran dan tidak boleh bercakap.