awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
Polis rampas mercun, bunga api lebih RM3 juta di Kota Bharu
Hubungan rakyat dengan rakyat tonggak kerjasama Malaysia-India - Pesuruhjaya Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat GRS Ahad ini bincang pembahagian kerusi PRN Sabah - Hajiji

Bernama
Bernama
18/02/2025
09:33 MYT
Mesyuarat GRS Ahad ini bincang pembahagian kerusi PRN Sabah - Hajiji
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor (dua, kanan) hadir pada majlis pelancaran Projek Hub Oil and Gas Sipitang Oil dan Gas Industrial Park di sini hari ini. - Foto Bernama
KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dijadual mengadakan mesyuarat Ahad ini, antara lain bagi membincangkan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17).

Ringkasan AI
  • 1, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mengadakan mesyuarat Ahad ini untuk membincangkan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17).
  • Mesyuarat juga akan meneliti persiapan PRN17 dan isu-isu berkaitan parti komponen GRS.
  • GRS terdiri daripada lapan parti komponen termasuk Parti Gagasan Rakyat Sabah, Parti Maju Sabah, dan Parti Bersatu Sabah.

Pengerusi Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Seri Hajiji Noor berkata mesyuarat itu juga akan meneliti gerak kerja persiapan PRN17 serta pelbagai isu berkaitan parti komponen gabungan berkenaan.
"Kita buat keputusan nanti ... antara agenda (mesyuarat) adalah menentukan lokasi (pembahagian kerusi) untuk GRS," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran projek pembinaan loji penyimpanan dan penapisan minyak petroleum di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini hari ini.
GRS merangkumi lapan parti komponen iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Cinta Sabah (PCS).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mesyuarat GRS
#Hajiji Noor
#PRN17
#pembahagian kerusi
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan