KUALA LUMPUR: MIC mencadangkan supaya unit Tranformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) yang kini diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dikembalikan ke Jabatan Perdana Menteri.
Presiden MIC Tan Sri S.A Vigneswaran juga mencadangkan agar Mitra distruktur semula fungsi dan peranannya, seiring dengan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju).
Beliau juga meminta Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mempertimbangkan cadangan supaya dana yang dipulangkan kepada Perbendaharaan oleh Mitra sehingga kini, dikembalikan kepada Yayasan Mitra yang akan ditubuhkan dan diuruskan oleh penjawat awam.
"Kita akur bahawa Mitra atau SEDIC (Unit Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India) sebelum dijenamakan semula, telah menghadapi pelbagai kekangan dalam membelanjakan RM100 juta yang diperuntukkan setiap tahun dalam masa yang ditetapkan.
"Akibatnya, terpaksa memulangkan lebih daripada RM400 juta sehingga kini kembali kepada Kementerian Kewangan," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung MIC ke-75 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.
Beliau memberitahu, walaupun kerajaan telah memperuntukkan dana khas tersebut bagi usaha transformasi masyarakat India, tetapi ia tidak diguna pakai disebabkan Mitra tidak dapat mematuhi prosedur kewangan yang sedia ada.
Sementara itu, Vigneswaran berkata MIC menyeru kerajaan untuk menambah bilangan kelas tadika di sekolah Tamil, di mana murid-murid juga diberi sarapan dan guru disediakan dengan bahan pengajaran.
Katanya, perkara itu telah dipersetujui dan mula dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) lepas, namun ia tergendala selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)
MIC turut mencadangkan supaya penubuhan semula Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India dalam usaha menjayakan pelaksanaan Pelan Tindakan Masyarakat India (MIB), untuk membangunkan masyarakat India di negara ini.
Ismail Sabri yang hadir ke perhimpunan itu, turut berucap pada perhimpunan itu.
Terdahulu, perhimpunan yang dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan MIC itu dirasmikan Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 12 2021

Vigneswaran juga mencadangkan agar Mitra distruktur semula fungsi dan peranannya, seiring dengan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju). - Gambar/ Bernama

COVID-19 | Penularan COVID-19 negara tunjuk trend penurunan
Situasi wabak COVID-19 dalam negara menunjukkan perkembangan positif sepanjang minggu epid (ME) 20/2022 apabila beberapa indikator menunjukkan penurunan kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sepanjang ME 20/2022 dari 15 hingga 21 Mei lalu, KKM merekodkan penurunan kes baharu sebanyak 28.8 peratus iaitu 19,137 kes kepada 13,630 kes berbanding ME 19/2022.

Ceroboh Perairan | Bot asing bersama 18 awak-awak ditahan
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM, tahan sebuah bot nelayan asing yang menceroboh perairan negara. Menurut Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli bot berkenaan ditahan dalam satu rondaan operasi penguatkuasaan bersepadu Op Naga Barat dan Op Khas Kuda Laut.

Anthony Albanese angkat sumpah sebagai Perdana Menteri Australia ke-31
Albanese menewaskan Scott Morrison dan gabungannya, sekali gus menamatkan kuasa pakatan itu selama hampir sembilan tahun.

Cubaan Culik | Budak empat tahun dilarikan lelaki warga Myanmar
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun berdepan detik cemas apabila cuba dilarikan lelaki warga Myanmar ketika sedang bermain di hadapan rumahnya, dekat Pusat Dagangan Batu 3, di Batu Tiga, Jalan Gambang, Kuantan. Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu, pihaknya menerima panggilan dari orang awam mengenai kejadian itu jam 9.45 pagi, pada Ahad.

Jom Tengok Bola | Platform pupuk semangat perpaduan
Jom Tengok Bola Unity bersama Harimau Muda menentang Indonesia anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Astro AWANI merupakan platform tepat bagi menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Sukan SEA Hanoi: Penganjur janji majlis penutup paling diingati
Tran Ly Ly berkata, majlis penutup akan menjadi acara yang lebih selesa dan mesra, dengan moto 'Bersatu untuk bersinar'.

Kes baharu COVID-19 menurun 28.8 peratus minggu lepas - Dr Noor Hisham
Perkembangan itu menyaksikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 4,489,503 kes dengan 28,085 kes aktif.

6 tahanan Palestin larikan diri dari jel Israel dihukum penjara
Tindakan meloloskan diri dari penjara tahun lepas menyebabkan mereka diburu Israel dalam operasi besar-besaran.

Isteri terima kiriman mesej bukan-bukan, Caprice beri masa 24 jam untuk pengirim mohon maaf
Orang ramai boleh benci dirinya, tetapi jangan sesekali ganggu isteri dan anaknya, tegas Caprice.

AWANI Pagi: Bantuan kos operasi diperlukan demi penjagaan warga emas
Kekangan yang dihadapi rata-rata pusat penjagaan warga emas adalah kos operasi yang tidak mencukupi bagi melancarkan proses penjagaan mereka. Ikuti kisah Pusat Penjagaan Mahmudah Malaysia yang memerlukan bantuan dana demi menjaga warga emas yang terbiar.

PRU15: MIC sedia tampil calon India Muslim - Presiden
MIC bersedia menampilkan calon India Muslim pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) jika diperlukan.

Bincang dengan kepimpinan BN, tambah kerusi boleh menang di Perak - Presiden MIC
Beliau sendiri telah bertemu Ahmad Zahid bagi membincangkan kewajaran penambahan kerusi DUN kepada MIC.

Komponen BN perlu bekerjasama rapat hadapi PRU15 - Presiden MIC
Vigneswaran berkata ini penting bagi mengelakkan pertindihan atau perbezaan pendapat dalam mendepani pilihan raya itu kelak.

Pemilihan Ismail Sabri sebagai calon PM teruskan kestabilan politik - Saravanan
Ia satu pengumuman yang cukup baik dan MIC menerima dengan terbuka keputusan UMNO itu.

Pemilihan Ismail Sabri sebagai PM jadikan BN lebih utuh pada PRU15 - Sivaraj
MIC menyambut baik cadangan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO agar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

PAU2021: Ucapan Dasar Zahid tiup semangat penyatuan - Komponen BN
Pemimpin MCA dan MIC sifatkan ucapan Ahmad Zahid sarat dengan pesanan dan hala tuju itu perlu dihayati semua parti dalam komponen BN.

PRN Johor: Kaum India kembali sokong BN - MIC
Vigneswaran berkata kemenangan BN itu juga membuktikan rakyat berbilang kaum memberi sokongan padu kepada calon-calon BN.

PRN Johor: BN akan kemuka petisyen DUN Bukit Batu
Keputusan kawasan itu menyaksikan calon BN daripada MIC, S Suppayah tewas dengan majoriti 137 undi, berbanding undi rosak yang difahamkan lebih 600.
![[TIDAK RASMI] PRN Johor: BN kuasai 44 kerusi DUN [TIDAK RASMI] PRN Johor: BN kuasai 44 kerusi DUN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646398042_TBPRNMELAKA.jpg)
[TIDAK RASMI] PRN Johor: BN kuasai 44 kerusi DUN
Selepas 14 hari berkempen, pengundi Johor menunaikan tanggungjawab mereka dalam pesta demokrasi yang diadakan pada hari ini (Sabtu).

PRN Johor: MIC tekad kerja keras untuk sumbang empat kerusi DUN kepada BN
Ini bagi membantu Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri yang stabil sekali gus mengembalikan zaman kegemilangan parti kaum India itu.