ALOR SETAR:Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO sudah bersetuju dengan usul untuk memutuskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bagaimanapun menjelaskan keputusan muktamad atau keabsahan berhubung usul berkenaan perlu diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan diadakan pada 31 Januari depan.
Menurutnya, cadangan berkenaan adalah antara usul yang diterima MKT UMNO dalam Mesyuarat MKT yang diadakan 6 Januari lalu dan ia akan dimasukkan sebagai usul dalam ucapan dasar Presiden UMNO pada PAU nanti.
"Usul itu (menolak kerjasama dengan Bersatu) telah dibawa ke Mesyuarat MKT pada 6 Januari yang lalu dan kita telah memutuskan untuk menerima usul-usul itu dan kita akan melakukan keabsahan pada 31 Januari ini di dalam Perhimpunan Agung UMNO.
"Setakat ini keputusan MKT adalah menolak (Bersatu), tetapi keputusan terakhir yang saya katakan keabsahan itu adalah pada 31 Januari yang akan dimasukkan dalam usul ucapan dasar Presiden UMNO ketika itu," katanya.
BACA: UMNO bawa usul putus hubungan dengan Bersatu pada PRU15 dalam Perhimpunan Agung - Shahril
BACA: UMNO tidak sokong Bersatu kerana kes mahkamah? Itu pemikiran 'pisang goreng' - Khairy
BACA: PAS bermesyuarat bincang hubungan UMNO-Bersatu
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan pertemuan dengan kepimpinan UMNO Kedah di Bangunan UMNO Kedah pada Sabtu.
Menurutnya, pertemuan berkenaan adalah bagi menggantikan konvensyen yang diadakan di setiap negeri menjelang PAU seperti sebelum ini.
Dalam pertemuan berkenaan, Zahid turut mengingatkan agar kepimpinan dan akar umbi UMNO dapat memperkukuhkan kerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional (MN).
MN jelasnya wajar dijadikan satu wadah penyatuan khususnya dalam menghadapi PRU15 yang berkemungkinan diadakan dalam tempoh terdekat.
Abd Hadi Che Awang
Sat Jan 09 2021

Ahmad Zahid menjelaskan keputusan muktamad atau keabsahan berhubung usul berkenaan perlu diputuskan pada PAU pada 31 Januari depan. - Gambar fail

Enam tunggang basikal lajak ditahan
Polis mengeluarkan saman dan merampas basikal berkenaan susulan penahanan pada pukul 3.00 petang itu.

Penduduk Hong Kong mula terima suntikan vaksin COVID-19
Penduduk Hong Kong mula menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Jumaat dengan keutamaan diberikan kepada golongan warga emas dan petugas kesihatan.

Vaksin COVID-19: Sultan Selangor berkenan terima giliran selepas petugas barisan hadapan
Keutamaan pemberian vaksin COVID-19 ketika ini harus ditumpukan kepada petugas barisan hadapan, berikutan mereka berdepan risiko jangkitan yang lebih tinggi.

Langgar kuarantin, warga Britain dipenjara dua minggu
Seorang lelaki warga Britain dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan saman 1,000 dolar Singapura selepas melanggar perintah kuarantin di Singapura.

COVID-19: NPRA tanya 300 soalan, pastikan vaksin selamat, berkualiti - Khairy
NPRA merupakan sebuah badan bebas yang tidak menerima arahan daripada orang politik, misalnya dalam isu mempercepatkan proses kelulusan vaksin.

COVID-19: Kes positif global lebih 113.25 juta, kematian 2.51 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini lebih 113.25 juta.

Kecurian vaksin COVID-19 di Tennessee disiasat
Pesuruhjaya Kesihatan Tennessee mendedahkan telah meminta penguatkuasa undang-undang persekutuan menyiasat dakwaan kecurian dos vaksin koronavirus di negeri yang paling ramai penduduk berkenaan.

Petronas kekal komited bayar kerajaan dividen RM18 bilion
Petronas telah mengulangi komitmennya untuk membayar dividen sebanyak RM18 bilion kepada kerajaan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021.

Vaksin COVID-19: Tindakan tegas jika hasut, sebar maklumat palsu - Polis
Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut rakyat supaya tidak mengambil vaksin COVID-19.

Henti melombong emas jika tiada lesen - MB Pahang
Mereka yang tidak mempunyai lesen untuk melombong emas termasuk di tanah milik sendiri, perlu menghentikan aktiviti tersebut.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kompaun RM10,000 ibarat penderaan kepada rakyat - Exco Pemuda UMNO
Dalam keadaan sukar ditambah pula pendapatan rakyat banyak terjejas, adalah tidak adil kerajaan mengenakan hukuman keras terhadap mereka.

MIC akan bincang kerjasama Bersatu dengan BN
Timbalan Presiden MIC Datuk M. Saravanan berkata buat masa ini, tiada sebarang keputusan dibuat berhubung perkara itu.

Diarah menghadap Tribunal Lembaga Disiplin UMNO, Tun Faisal tuntut tiga permintaan
Permintaan berkenaan jelasnya bagi menjamin dan memastikan proses pendengaran dan membuat keputusan tribunal ini dilaksanakan secara adil dan telus

Isu pembahagian kerusi Parlimen masih belum selesai - Mohd Amar
Walaupun hubungan antara ketiga-tiga parti berjalan baik, soal berkenaan masih belum mencapai kata putus.

Rakyat diseru tolak politik kebencian, fitnah - Ismail Sabri
Beliau berkata Melayu Bumiputera harus bersatu dalam menghadapi dunia politik yang semakin mencabar menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.

Persidangan Parlimen: UMNO sifatkan Agong utamakan prinsip Keluhuran Perlembagaan
Shahril Sufian Hamdan berkata setiap cabang sistem demokrasi negara perlu akur kepada prinsip Rukun Negara termasuk kerajaan (Eksekutif).

Agong berhak tentukan sidang Parlimen tanpa nasihat PM - Ku Li
Kuasa bagi memanggil sidang Parlimen terletak pada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tanpa memerlukan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pindaan had umur pengundi ke 18 tahun, pemimpin muda parti politik tuntut penjelasan SPR
Gesaan itu disuarakan dalam satu surat terbuka oleh barisan pemimpin muda parti-parti politik Malaysia pada Rabu.

Kerjasama dengan musuh: Pandangan Najib tidak wakili akar umbi
Pandangan Datuk Seri Najib Razak berkaitan kerjasama dengan musuh UMNO sedikit sebanyak mampu mempengaruhi akar umbi UMNO memandangkan beliau adalah bekas Presiden UMNO.