KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan bahawa beliau 'menutup pintu' untuk bekerjasama dengan parti lain.
Sebaliknya beliau sekali lagi menegaskan bahawa mahu memperkukuhkan Warisan terlebih dahulu sebelum mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti ketika ini.
"Kita akan lihat (kerjasama), saya tidak kata kita akan bergerak sendiri atau ada pakatan. Kita kukuhkan dulu parti, kita ada penilaian sendiri.
"Saya berkawan dengan sesiapa saja, dengan orang DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR). Saya tidak boleh tutup pintu saya," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Warisan Care di ibu pejabat Warisan di Kolombong di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah Warisan akan bergerak secara solo di Sabah untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Tambah beliau, kerjasama antara parti politik perlu dilakukan terutama apabila sesebuah parti itu menjadi kerajaan di sesebuah negeri dan parti yang lain menjadi kerajaan di peringkat Persekutuan, namun ia mesti berlandaskan sebuah kerjasama pintar.
"Macam di Sabah jadi kerajaan (negeri) kita mesti bekerjasama dengan Semenanjung (Persekutuan) kerana kita dalam sebuah negara, tetapi kita mesti bijak untuk memperincikan dengan bentuk dan siapa kita mahu kerjasama itu.
"Kita tidak kata mahu gerak sendiri tetapi kita kena teliti dahulu," katanya.
Diminta mengulas lanjut hala tuju kerjasama dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), beliau memaklumkan Muda juga harus kukuhkan parti mereka terlebih dahulu.
"Dari awal saya maklumkan kepada Saddiq (Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman), bila saya lancarkan parti saya di Semenanjung, saya lancarkan dulu, kemudian dia (Muda) lancarkan dan selepas itu kita sain memorandum tetapi ia tidak berjalan dengan lancar.
"Jadi saya ada bercakap dengan Saddiq semalam, saya kukuhkan parti saya, kamu kukuhkan parti kamu," katanya.
* Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 13 2022

Mohd Shafie pada sidang media selepas melancarkan Warisan Care di ibu pejabat Warisan di Kolombong di Kota Kinabalu pada Khamis. - Foto Astro AWANI

Penubuhan JMB | Penduduk lega, gembira JMB akhirnya ditubuhkan
Bagi wakil penduduk, Ahmad Firdaus Arben, dia lega kerana perjuangan penduduk selama hampir dua tahun membuahkan hasil.

Sukan SEA Hanoi | Kontinjen negara capai sasaran 36 emas
Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 36 pingat emas di Sukan SEA Ke-31 berbaki tiga hari sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada Isnin. Emas yang ditunggu-tunggu itu disumbangkan skuad karate kebangsaan menerusi acara kumite berpasukan lelaki selepas mengatasi Indonesia 3-0 di final yang berlangsung di pusat pertandingan sukan.

Kes Ahmad Zahid | Catatan "KJ", "bomoh" direkod dalam buku UKSB
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa catatan "KJ", dan bomoh antara perkataan yang tertera di dalam buku "faraid" Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang dikemukakan dalam perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

COVID-19 di Shanghai | Rakyat kembali penuhi kedai, jalanan seperti biasa
Lebih ramai penduduk Shanghai dilihat berada di luar dan memenuhi jalanan di bandar itu pada Jumaat ketika lebih banyak kelonggaran diberikan secara beransur-ansur. Di beberapa kawasan, orang ramai dilihat sudah mula dapat mengunjungi ke kedai dan menjalankan aktiviti petang seperti berjoging dan menunggang basikal.

Kebakaran di Manila | Penduduk selamatkan serpihan barangan yang tinggal
Ratusan penduduk di Manila cuba menyelamatkan serpihan rumah mereka yang musnah akibiat kebakaran dahsyat yang berlaku pada Khamis. Demi meneruskan kehidupan, para penduduk yang terkesan dilihat membawa kepingan logam dan besi untuk dijual pada harga 10 peso atau bersamaan 84 sen.

Pelan Pemulihan | Menteri Kesihatan Komanwel capai konsensus
Menteri Kesihatan dari negara-negara Komanwel sepakat untuk bekerjasama dalam beberapa isu utama berkaitan usaha pemulihan pasca COVID-19, termasuk dalam ekuiti vaksin, membina sistem kesihatan yang berdaya tahan dan memperkukuh keselamatan kesihatan dengan memanfaatkan teknologi digital. Komitmen itu dibuat selepas mesyuarat tahunan peringkat tinggi maya selama dua hari yang berakhir pada Khamis.

Konflik Negara Luar | Malaysia perlu ambil iktibar - PM
Konflik Rusia-Ukraine serta kekejaman tentera rejim Israel di Palestin perlu dijadikan sebagai iktibar. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, krisis itu boleh menjejaskan keamanan di rantau terbabit dan ekonomi dunia jika tidak diselesaikan dengan segera.

Pemilihan PKR 2022 | Lebih 67,000 ahli undi dalam talian - JPP
Pengundian dalam talian bagi Pemilihan PKR 2022 yang dilaksanakan buat julung kali mendapat sambutan baik, apabila seramai 67,419 ahli parti itu telah mengundi melalui aplikasi adil sejak 18 Mei hingga Jumaat. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Zaliha Mustafa berkata, ia termasuk pengundian secara dalam talian yang diadakan khusus bagi ahli PKR yang berada di luar negara seperti di Singapura, Switzerland, Korea dan Amerika Syarikat.

PDRM siasat kenyataan Kit Siang didakwa gugat ketenteraman awam
Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung ciapan Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang yang didakwa mengandungi kenyataan boleh menggugat ketenteraman awam.

Rel Berkembar | Projek landasan elektrik Gemas-JB 85 peratus siap
Ketua Pegawai Eksekutif YTL Construction (Rail Division), Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata, projek mega itu setakat ini memasuki peringkat akhir dan mengikut jadual serta dijangka siap akhir tahun depan.

Mohd Shafie nafi Warisan 'tutup pintu'
Sebaliknya, beliau mahu memperkukuh Warisan terlebih dahulu sebelum mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti ketika ini.

Warisan akan bertanding di Semenanjung pada PRU15 - Shafie
Keputusan itu diambil bagi meneruskan saingan parti Warisan yang berpangkalan di Sabah itu di Semenanjung selepas kemunculan pertamanya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac lepas.

PRU15: Khemah besar bukan lagi formula utama pembangkang
Kini adalah masa untuk semua pihak melihat semula apa yang sebenarnya diinginkan rakyat.

Warisan akan rebut kembali kerusi Parlimen Lahad Datu
Kekuatan parti di kawasan itu masih stabil dan beliau yakin akan merebut kembali kerusi Parlimen Lahad Datu dalam PRU15.

Warisan elak 'Langkah Sheraton' berulang kembali
Kejatuhan kerajaan PH lalu yang disebabkan Langkah Sheraton memberi kesan terhadap kestabilan politik tanah air dan tidak harus berulang.

Filipina, waris Kesultanan Sulu tiada hak tuntut Sabah - Mohd Shafie Apdal
Apa sahaja tuntutan oleh Manila atau waris secara langsung atau tidak, tidak boleh dilayan kerana Sabah adalah negeri merdeka.

Warisan sokong kerusi parlimen Sabah, Sarawak ditambah - Shafie Apdal
Parti Warisan (Warisan) menyokong agar jumlah kerusi parlimen untuk Sabah dan Sarawak ditambah menjadi satu pertiga atau lebih 70 kerusi daripada keseluruhan 222 kerusi.

Shafie cadang tambahan waktu persidangan DUN Sabah
Shafie menegaskan perkara itu penting berikutan Sabah kini sudah mempunyai 73 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Parti Warisan susun semula strategi hadapi PRU15
Meskipun keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak seperti apa yang diharapkan parti itu, sekarang bukan masa untuk berputus asa.

PRN Johor: Persediaan Warisan hadapi PRU15 - Mohd Shafie
PRN Johor merupakan titik permulaan, bagi parti itu untuk menguji tahap sokongan rakyat di peringkat akar umbi.