KUALA LUMPUR:Selain Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menafikan menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah hari ini turut menafikan perkara sama.

Tegas Mohd Shahar, buat kesekian kalinya bahawa, beliau sentiasa berpegang kepada keputusan parti iaitu 'No Anwar, No DAP'.

"Saya ingin tegaskan buat kesekian kalinya bahawa saya sentiasa berpegang kepada peputusan parti UMNO iaitu 'No Anwar, No DAP'.

"Sebagai ahli parti UMNO dan Ahli Parlimen daripada UMNO, apa juga keputusan parti UMNO, saya akan terus pertahankan demi agama, bangsa dan negara," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, Mohd Shahar yang juga Timbalan Menteri Kewangan II berkata, beliua akan terus menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam memastikan negara terus stabil.

"Selain itu, kebajikan rakyat juga akan terus dipelihara," ujarnya.

Terdahulu, laporan menyebut sokongan yang diperoleh Anwar daripada 10 MP UMNO tersebut adalah dalam bentuk SD yang akan dipersembahkan kepada Al-Sultan Abdullah.

BACA: Bung Moktar nafi tandatangan SD sokong Anwar

BACA: Tiada maklumat mengenai Ahli Parlimen GPS sokong Anwar - Alexander

BACA: Sumber dalaman PH nafi 10 Ahli Parlimen UMNO sokong Anwar