awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin perlu segera bincang dengan semua parti - Salahuddin

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
28/10/2020
08:46 MYT
Muhyiddin perlu segera bincang dengan semua parti - Salahuddin
Salahuddin menegaskan, Muhyiddin boleh dinaggap menderhaka pada titah Yang di-Pertuan Agong untuk mengetepikan politiking sekiranya enggan duduk berbincang dengan semua parti politik termasuk dari PH. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR:Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu segera memanggil semua parti-parti politik jika benar beliau akur pada titah Yang di-Pertuan Agong, kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Sekiranya tidak berbuat demikian, Salahuddin menegaskan, Muhyiddin boleh dianggap menderhaka pada titah Yang di-Pertuan Agong untuk mengetepikan politiking dan memberi tumpuan kepada Belanjawan 2021.
"Titah Yang di-Pertuan Agong itu untuk semua ahli politik, maka Muhyiddin juga perlu hentikan politiking.
"Beliau perlu segera panggil semua parti-parti politik untuk berbincang mengenai Belanjawan 2021 jika akur titah Yang di-Pertuan Agong.
"Sekiranya Muhyiddin tidak memanggil semua parti politik termasuk pembangkang, maka jelas beliau menderhaka pada titah Yang di-Pertuan Agong untuk ketepikan politiking," katanya kepada Astro AWANI.
Pada Rabu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi bertitah menasihatkan agar semua Ahli Dewan Rakyat memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021.
Dalam satu kenyataan hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Tuanku bertitah bahawa sokongan terhadap Belanjawan itu penting demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat, serta pemulihan ekonomi negara yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.
BACA: Agong mahu ahli politik hormat titah Baginda, beri sokongan padu pada Belanjawan 2021
BACA: Ayuh kita buang ego, duduk semeja demi rakyat - Nazri Aziz
Sebelum ini, Salahuddin menggesa Muhyiddin agar mengadakan perbincangan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan berkenaan Belanjawan 2021.
Beliau menjelaskan, Muhyiddin perlu menghormati kedudukan Anwar sebagai ketua pembangkang dalam Dewan Rakyat jika beliau mahu Belanjawan 2021 mendapat sokongan semua pihak.
BACA: Muhyiddin perlu hormat Ketua Pembangkang, bincang isu bajet - Salahuddin
Topic Berkaitan
#Salahuddin Ayub
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#Perikatan Nasional
#Belanjawan 2021
#Dewan Rakyat
#Parlimen
#Politik Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan