POLITIK
Muktamar Pas: Pas sasar menang di Selangor, Perak, Pahang dalam PRU16 - Abdul Hadi

Abdul bercakap ketika sidang media selepas menyampaikan ucaptama Muktamar Tahunan Pas ke-71 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, pada Isnin. - Foto Sinar Harian
ALOR SETAR: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa parti itu menyasarkan untuk menang di negeri Selangor, Perak dan Pahang dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.
Ringkasan AI
- Pas sasar tawan Pahang, Perak dan Selangor pada PRU-16, sambil mempertahankan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis sebagai negeri pangkalan.
- Fokus turut diberi kepada negeri selatan dan Sabah menjelang PRN, bagi mengukuhkan pengaruh politik Pas dan PN di peringkat Parlimen.
- Pas perkenal mekanisme State Government 4 (SG4) untuk memperkukuh pentadbiran empat negeri sedia ada, dengan agenda pembangunan berasaskan pendekatan Islam.
Abdul Hadi menegaskan bahawa penumpuan itu akan bergerak seiring dengan usaha mengekalkan penguasaan di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang disifatkan sebagai ‘Negeri Pangkalan’ Pas dan PN.
"Yang pertama kita dapat kerusi paling besar di Perak dan di Pahang, (dalam) kalangan semua parti politik, kalau UMNO kerjasama dengan kita boleh tubuh kerajaan campuran, malangnya UMNO bertindak kerjasama dengan DAP, jadi kita tidak cukup (kerusi), kita tak masuk kerajaan campuran,
"Di (negeri) Selangor begitu juga, kita sudah ada kerusi di Selangor termasuk Negeri Sembilan, di Negeri Sembilan kita (Pas) ada tiga (kerusi DUN), Bersatu ada dua, di Melaka kita ada kerusi (Parlimen), Pulau Pinang kita ada besar kerusi kita, tujuh kerusi (DUN) di Pulau Pinang, di Sabah kita ada satu kerusi , (ADUN) lantikan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menyampaikan ucaptama Muktamar Tahunan Pas ke-71 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, pada Isnin.
Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Marang itu turut menyeru agar sayap Pemuda dan Muslimat Pas untuk memikul tanggungjawab bagi mengekalkan sokongan golongan muda dalam PRU16.
Tegasnya, satu langkah agresif perlu dilaksanakan terutamanya program-program yang dapat menjiwai golongan berkenaan merentasi perbezaan politik dan kaum.
Sementara itu Abdul Hadi turut berharap Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP), Lajnah Perpaduan Nasional dan Lajnah Dakwah untuk memikul peranan penting bagi menembusi kawasan majoriti bukan Islam selain undi penentu di kawasan majoriti Islam.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami