awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muktamar Pas: Tembok pemisah dengan bukan Islam perlu dipecahkan - Abdul Hadi

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
04/09/2022
12:55 MYT
Muktamar Pas: Tembok pemisah dengan bukan Islam perlu dipecahkan - Abdul Hadi
Presiden Parti Islam SeMalaysia (Pas) Tan Sri Abdul Hadi Awang berucap pada sesi pergulungan Muktamar Tahunan Pas Ke-68 di Kompleks Pas Kedah malam ini. - Foto BERNAMA
ALOR SETAR: Usaha perlu digerakkan dari pelbagai sudut dalam memecahkan tembok pemisah di antara parti Pas dengan masyarakat bukan Islam di negara ini.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa usaha berkenaan perlu digerakkan kesemua ahli parti itu khususnya Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) dalam mendekati mereka dan menerangkan secara lanjut mengenai perjuangan Pas.
Langkah itu menurutnya akan menjadi pemangkin untuk Pas melangkah mendominasi kerajaan melibatkan peringkat demi peringkat.
"Alhamdulillah, akhir-akhir ini (parti kita) dapat menembusi masyarakat, dengan sebab itu ahli-ahli kita bertambah dan kita lebih maju lagi apabila berjaya menembusi benteng antara kita dengan orang bukan Islam.
"Kejayaan parti mewujudkan DHPP dalam kalangan bukan Islam (dalam) memecahkan tembok, (adalah) satu kejayaan yang besar, cuma peranan dewan himpunan ini perlu masuk dalam kalangan bukan Islam.
"Kalau DAP boleh lantik Ahli Parlimen orang (berbangsa) india di kawasan majoriti Cina, mengapa kita tidak boleh minta orang Cina sokong kita dalam pilihan raya, tak boleh tembusi?
"Banyak orang India jadi wakil rakyat DAP, orang Cina boleh pilih dia, mengapa tak pilih Melayu, atau orang India yang sokong kita melalui dewan himpunan (DHPP), ini kelemahan yang perlu kita baiki, supaya dapat tembusi benteng-benteng ini," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan sempena Muktamar Pas ke-68 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut pada Ahad.
Dalam pada itu, Abdul Hadi menegaskan bahawa Pas juga sewajarnya bergerak sebagai parti yang mempunyai ramai kawan dan mengecilkan jumlah musuh yang dihadapi.
Tegasnya, pendekatan itu adalah sebagai langkah yang terbaik dalam mengekalkan dan memperluaskan pengaruh Pas selain terus kekal di Putrajaya.
Topic Berkaitan
#PAS
#Muktamar Pas
#Abdul Hadi Awang
#Dewan Himpunan Pendukung PAS
#DHPP
#Melayu Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan