Muslimat Pas perlu menguasai media sosial agar dapat berperanan menangkis sebarang serangan propaganda negatif terhadap parti, kata Ketua Muslimat Pas Pusat Nuridah Mohd Salleh.
Beliau berkata ini kerana dapatan daripada post morterm Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mendapati serangan media sosial merupakan faktor penyumbang tertinggi iaitu 75 peratus terhadap kekalahan Pas pada PRU14.
Beliau percaya walaupun muslimat Pas tidak ketinggalan dalam perkembangan media sosial namun masih terdapat perkara yang mereka terlepas pandang dalam perkara tersebut.
"Kita mungkin terlepas pandang peranan yang sepatutnya dimainkan muslimat menerusi media sosial hingga tidak merebut peluang dalam lapangan ini dan tidak diberikan peranan serius.
"Tiada usaha bersepadu dan berfokus, bersikap reaktif tanpa sebarang perancangan dan pendedahan dalam kemahiran menguasai media sosial khususnya dalam membuat jaringan kerjasama dengan entiti lain seperti Penerangan Pas Pusat dan Dewan Pemuda," katanya.
Nuridah berkata demikian semasa berucap pada Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas ke-59 yang dirasmikan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini, hari ini.
Nuridah berkata muslimat Pas juga perlu menguasai media massa yang menjadi medium utama masyarakat memperoleh maklumat dan parti itu kini sering menghadapi pelbagai bentuk serangan propaganda.
"Pas dijaja dengan gambaran buruk sebagai parti ekstrem dan sempit. Serangan propaganda dan dakyah yang menimpa Pas sekiranya tidak ditangkis dan ditangani dengan bijak mampu mempengaruhi kaum wanita sebagai pengundi majoriti dalam pilihan raya umum," katanya.
Mengulas usaha penyatuan Pas-UMNO, Nuridah berkata agenda besar itu perlu dirancang dengan penuh teliti supaya agenda Al-Quran dan Sunnah dapat dikongsi bersama, selain Dewan Muslimat Pas lebih aktif dalam memainkan peranan untuk meyakinkan Wanita UMNO.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 15 2019

Nuridah berkata muslimat Pas juga perlu menguasai media massa yang menjadi medium utama masyarakat memperoleh maklumat. - Gambar fail

Kuat kuasa SOP | Polis berpakaian biasa, tempatkan anjing K9
Polis kelantan akan menggunakan anjing unit pengesan K9 untuk mengesan aktiviti penyeludupan dadah dan senjata api di kawasan Sekatan Jalan Raya (SJR) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Selain itu, anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang juga menggunakan taktik penyamaran dengan memakai pakaian biasa bagi menguatkuasa prosedur operasi standard COVID19 di tempat awam.

Ekonomi bumiputera | Tindakan intervensi strategik diperlukan
Tindakan intervensi strategik amat diperlukan bagi membantu golongan bumiputera meraih peluang ekonomi dalam sektor berdaya maju dan mempunyai nilai tambah tinggi. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,perkara itu akan diberi keutamaan dalam Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) demi memastikan ekonomi bumiputera terus berdaya tahan dan berdaya saing.

Siasatan kebakaran The Andaman Langkawi selesai - Bomba
Bahagian Siasatan Kebakaran JBPM Kedah berada di tempat kejadian selama tiga malam untuk mengetahui bagaimana kebakaran berlaku.

AWANI Ringkas: MKB tumpu kepada intervensi strategik | Senarai pengimport daging berlesen didedah hari ini

Banjir | Peka SOP pembinaan elak pembeli rumah tertipu - PKBM
Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM), Datuk Azman Yusoff berkata, prosedur operasi standard (SOP) kepada pemaju dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam isu pembangunan perumahan di kawasan banjir dapat mengelakkan pembeli rasa tertipu.

Banjir | PAM cadang cari jalan kurang kesan banjir
Ada universiti yang sudah membuat beberapa kajian mengenai teknologi perumahan serta risiko di kawasan banjir namun hasilnya masih belum lagi nampak dikomersialkan, kata Bekas Presiden Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM), AR Mohd Zulhemlee An.

AWANI Ringkas: IMF semak turun unjuran ekonomi Malaysia | Peniaga RnR Plus dakwa kerugian sejak PKP

PdPR utamakan penyampaian ilmu dengan baik, sentiasa tingkatkan kualiti teknikal
Studio berinovasi dibangunkan Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam memastikan PdPR dalam talian lebih menarik dan interaktif. Namun, menurut Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Prof Madya Dr Hamdan Daniyal, selain inovasi, apa yang lebih penting adalah cara penyampaian yang baik oleh tenaga pengajar.

PdPR jangan kecam guru, bantu permudahkan proses pembelajaran
Jangan kecam guru semasa proses pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR) sebaliknya, tegas Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Prof Madya Dr Hamdan Daniyal, semua pihak harus memainkan peranan memastikan proses dalam talian itu berjalan lancar selain menyokong usaha tenaga pengajar.

PdPR UMP cipta studio mudahkan pembelajaran dalam talian
Universiti Malaysia Pahang (UMP) menghasilkan satu studio berinovasi bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) menerusi dalam talian lebih menarik. Menurut Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Prof Madya Dr Hamdan Daniyal, PdPR menggunakan studio inovasi ini juga memudahkan kerja tenaga pengajar selain menjimatkan masa mereka.

Muslimat Pas perlu kuasai media sosial
Serangan media sosial merupakan faktor penyumbang tertinggi iaitu 75 peratus terhadap kekalahan Pas pada PRU14.