awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Najib masih lagi ahli Parlimen, biarlah beliau bersuara' - Ku Li

Sinar Harian
Sinar Harian
15/08/2018
10:02 MYT
'Najib masih lagi ahli Parlimen, biarlah beliau bersuara' - Ku Li
Menurut Ku Li, memilih untuk bersikap terbuka kerana bagi dirinya, selagi seseorang tidak dibuktikan bersalah, ia masih tidak bersalah. - Gambar fail
Berbeza pandangan dengan segelintir pimpinan UMNO lain, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah tidak menghalang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bebas bersuara.
Pendirian beliau, Najib masih lagi seorang Ahli Parlimen Pekan dan berhak untuk bersuara malah tidak wajar dihalang menyuarakan pandangan secara terbuka.
Malah menurut Tengku Razaleigh, Najib tidak sepatutnya diminta menjauhkan dirinya daripada Umno meskipun tidak lagi memegang jawatan dalam parti Melayu itu.
“Najib tak ada jawatan lagi, tapi beliau boleh bagi komen dan pandangan, kerana masih Ahli Parlimen Pekan.
“Saya bukan nak pertahankan sesiapa, beliau (Najib) bertanding, masih jadi ahli Parlimen, beliau boleh bercakap bersuara jadi kita tak ada hak nak larang Najib,” jelasnya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.
Bekas Menteri Kewangan itu, memilih untuk bersikap terbuka kerana bagi dirinya, selagi seseorang tidak dibuktikan bersalah, ia masih tidak bersalah.
“Saya pandangan terbuka, selagi tidak dituduh bersalah seseorang itu belum lagi bersalah.
“Bahkan jika seseorang itu nak aktif atau tidak aktif bersuara, itu terpulang kepada dirinya sendiri,” ujarnya.
Mesra disapa sebagai Ku Li, beliau berkata, ada orang lain yang didakwa di mahkamah namun, masih menjalankan tugas selaku wakil rakyat di Parlimen. Ia bergantung kepada persepsi.
Katanya, bukan hanya seorang membawa imej negatif yang akan merosakkan parti mungkin disebabkan kelakuan orang lain juga.
Baru-baru ini, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz meminta Najib menjarakkan diri daripada Umno berhubung terpalit skandal sewaktu pentadbirannya dulu.
Hari ini, Ahli Parlimen Rembau pula, menyokong saranan Nazri dan meminta Najib untuk memberi ruang dan peluang kepada Presiden UMNO baharu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memacu hala tuju parti.
Topic Berkaitan
#Gua Musang
#menteri
#Mohamed Nazri Aziz
#Najib Razak
#rakyat
#Rembau
#Tengku Razaleigh Tengku Hamzah
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan