awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib nafi tandatangani SD sokong Tun Mahathir

Firdaus Azil
Firdaus Azil
24/02/2020
08:01 MYT
Najib nafi tandatangani SD sokong Tun Mahathir
"Kenapa tiba-tiba petik nama saya?" kata Najib Razak. - Gambar fail
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin menafikan beliau pernah dihubungi wartawan sebuah portal berhubung pengesahan beliau menandatangani akuan berkanun (SD) bagi menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam satu catatan di laman Facebook beliau, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau tidak pernah dihubungi wartawan berkenaan.
“Saya tak pernah cakap dengan "The Malaya Post" pun. Kenapa tiba-tiba petik nama saya?” katanya lagi.
Terdahulu, portal berkenaan melaporkan Najib dan pengikutnya telah menandatangani akuan berkanun berkenan tetapi dengan syarat-syarat tertentu.
Portal itu mendakwa, Najib mengesahkan sendiri perkara berkenaan ketika dihubungi wartawan mereka.
Dalam artikel itu, portal berkenaan mendakwa terdapat gerakan untuk menyatukan parti besar dalam negara antaranya Bersatu, UMNO, Pas, GPS, beberapa kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Warisan.
Sementara itu, pegawai Najib ketika dihubungi berkata, buat masa ini bekas Perdana Menteri itu tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan susulan berhubung perkara berkenaan.
BACA: Mungkin ada wakil rakyat tandatangan SD sokong kedua-dua pihak - Shamsul Amri
BACA: Tun Mahathir dijangka menghadap YDP Agong jam 5 petang ini
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Najib Razak
#Parlimen
#Parti Keadilan Rakyat
#PAS
#Perdana Menteri
#PKR
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan