awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nasib Muhyiddin, Mukhriz ditentukan mesyuarat MT UMNO hari ini?

Astro Awani
Astro Awani
27/05/2016
02:18 MYT
Nasib Muhyiddin, Mukhriz ditentukan mesyuarat MT UMNO hari ini?
Muhyiddin (kiri) dan Mukhriz (kanan) sebelum ini digantung daripada jawatan dalam parti. - Gambar fail
Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini dijangka membincangkan mengenai nasib Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam parti itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempengerusikan mesyuarat MT ini, yang pertama selepas pilihan raya negeri Sarawak, bermula jam 3 petang Jumaat.
Muhyiddin dan Mukhriz sebelum ini digantung daripada jawatan dalam parti.
BACA: Jawatan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO digantung serta-merta
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Sabtu lalu berkata, ianya terpulang kepada anggota mesyuarat sama ada ingin membuat keputusan mengenai kes Muhyiddin dan Mukhriz ataupun tidak.
"Bagaimanapun sebagai Setiausaha Agung tugas saya hanya membawa perkara ini ke Majlis Tertinggi.
"Sama ada ia akan diputuskan dalam sesi ini atau tidak, saya tak tahu," katanya.
Status kedudukan mereka dalam UMNO juga kini menjadi tanda tanya berikutan penglibatan mereka dengan ‘deklarasi Dr Mahathir’ Mac lalu.
Muhyiddin dan Mukhriz merupakan antara 18 individu yang berucap dalam majlis yang dianjurkan oleh kumpulan yang menuntut Najib meletakkan jawatan.
Sementara kedudukan Shafie yang juga naib presiden UMNO, dipersoalkan gara-gara kritikannya terhadap pentadbiran parti berkenaan serta beberapa isu lain.
Topic Berkaitan
#majlis tertinggi
#MT UMNO
#Muhyiddin Yassin
#Mukhriz Mahathir
#Shafie Apdal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan