awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Seorang maut, tujuh cedera kemalangan bas dan dua lori di PLUS
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nazri Aziz diundang ulas isu UMNO menjelang PRU15 di Yusof Ishak Institute minggu depan

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
07/07/2022
04:50 MYT
Nazri Aziz diundang ulas isu UMNO menjelang PRU15 di Yusof Ishak Institute minggu depan
Mohamed Nazri juga akan membincangkan bagaimana UMNO akan bertindak balas terhadap kempen Perikatan Nasional (PN) bahawa parti itu mempertahankan kepentingan Melayu tanpa rasuah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz diundang ke Yusof Ishak Institute (ISEAS) di Singapura bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan UMNO dan cabarannya berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Seminar bertajuk 'UMNO dan Pilihan Raya Umum Malaysia akan datang: Pemimpin, Agenda, Akar Umbi' ini disokong oleh Yayasan Temasek sebagai sebahagian daripada siri Malaysia in Focus.
Menurut makluman di laman sesawang ISEAS, pada seminar itu nanti, Mohamed Nazri dijadualkan membincangkan berbagai isu mendesak.
Antaranya, apakah imbangan kuasa antara Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan bagaimana Ismail akan berunding ke hadapan?
Selain itu Mohamed Nazri juga akan membincangkan bagaimana UMNO akan bertindak balas terhadap kempen Perikatan Nasional (PN) bahawa parti itu mempertahankan kepentingan Melayu tanpa rasuah.
Seminar selama sejam bermula 10 pagi itu bakal diadakan pada 14 Julai nanti.
Topic Berkaitan
#Mohamed Nazri Abdul Aziz
#UMNO
#Yusof Ishak Institute
#ISEAS
#seminar
#PRU15
#cabaran
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan