awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nurulhidayah kecundang di Bagan Datuk, cemerlang di Pusat

Sinar Harian
Sinar Harian
12/03/2023
03:10 MYT
Nurulhidayah kecundang di Bagan Datuk, cemerlang di Pusat
Nurulhidayah berjaya mendapat undi kedua terbanyak bagi jawatan Exco Wanita UMNO Pusat dengan memperoleh 330 undi dalam pemilihan pada Sabtu. - Gambar/ Sinar Harian
IPOH: Anak kepada Presiden UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid gagal memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk pada pemilihan kali ini apabila tewas di tangan penyandangnya, Zarozatin Isa.
Bagaimana pun beliau berjaya mendapat undi kedua terbanyak bagi jawatan Exco Wanita UMNO Pusat dengan memperoleh 330 undi dalam pemilihan pada Sabtu.
Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Datuk pula dimenangi Zainab Samsudin.
Bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO bahagian pula menyaksikan muka baharu apabila Muhammad Nabil Saleh dipilih perwakilan manakala Naib Ketua Pemuda bahagian dimenangi Mohd Izlahudin Shawani Mohd Nordin.
Sementara itu, Puteri UMNO Bahagian Bagan Datuk mendapat ketua yang baharu selepas Nurul Salina Mohamad memenangi pemilihan pada Sabtu manakala Nurul Azura Ramli pula memenangi jawatan Naib Ketua Puteri UMNO bahagian berkenaan.
UMNO Bahagian Bagan Datuk diterajui Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nurulhidayah Ahmad Zahid
#Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk
#Pemilihan UMNO
#tewas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan