awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen: Ahmad Zahid ingatkan MP BN bawa suara rakyat secara bertanggungjawab

Bernama
Bernama
11/10/2024
03:10 MYT
Parlimen: Ahmad Zahid ingatkan MP BN bawa suara rakyat secara bertanggungjawab
Ahmad Zahid Hamidi (tiga dari kanan) bergambar kenangan bersama Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional pada sesi pre-council BN di Kuala Lumpur, semalam. - Gambar Facebook Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Ahli Parlimen (MP) BN untuk memainkan peranan mereka dengan berkesan, pada sidang Parlimen kali ini yang bermula 14 Okt dengan membawa suara serta kepentingan rakyat secara bertanggungjawab.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi pre-council BN semalam, sebagai persediaan menghadapi Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Sidang Parlimen ke-15.
"Kestabilan politik adalah kunci kepada pembangunan negara dan kita perlu komited untuk terus mendukung usaha ini demi kesejahteraan rakyat dan masa depan negara," katanya menerusi catatan di Facebook rasminya.
Ahmad Zahid berkata, pada pertemuan itu, beliau dan wakil rakyat BN telah mendengar pembentangan daripada Menteri dan Timbalan Menteri BN, mengenai isu-isu yang akan dibincangkan dalam sidang Parlimen kali ini.
Pada sidang Parlimen kali ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual membentangkan Belanjawan Madani 2025 pada 18 Okt. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Parlimen
#Ahli Parlimen BN
#kestabilan politik
#Ahmad Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan