awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parti Pekira sasar golongan muda, pengundi atas pagar

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
20/06/2017
09:11 MYT
Parti Pekira sasar golongan muda, pengundi atas pagar
Parti itu akan dipimpin beliau sebagai presiden, manakala 11 lagi ahli jawatankuasa parti akan diumumkan kemudian. -Astro AWANI/Rahimah Abdullah
Presiden Pertubuhan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Datuk Mohd Ridzuan Abdullah menubuhkan Parti Ekonomi Rakyat Malaysia (Pekira) bagi memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional.
Parti itu akan dipimpin beliau sebagai presiden, manakala 11 lagi ahli jawatankuasa parti akan diumumkan kemudian.
Menurutnya, ketika ini, Pekira masih menunggu kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).
"Kita telah membuat permohonan secara dalam talian dengan RoS pada bulan Mei lalu. Menurut RoS, ketika ini, ada 30 parti baharu sedang menunggu kelulusan.
"Jadi, kalau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) boleh diluluskan dalam masa dua bulan, takkan Pekira pun tidak boleh diluluskan," ujar Mohd Ridzuan.
Pada masa sama, parti itu juga telah memohon daripada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadi salah sebuah parti komponen BN.
"Setakat ini kita ada kira-kira 200,000 anggota Ikhlas di seluruh Malaysia dan mereka akan menjadi ahli Pekira.
"Pekira juga menumpukan kepada keahlian anak muda yang masih tidak menganggotai mana-mana parti politik atau pengundi atas pagar," katanya dalam sidang media sempena pengumuman penubuhan parti Pekira, di sini, pada Selasa.
Logo Pekira menggunakan lambang sabit, bunga bermaksud perpaduan, dan helang bermakna keberanian.
Ditanya sama ada Pekira akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), jelasnya, beliau tidak dapat memutuskan perkara itu kerana masih menunggu jawapan daripada Datuk Seri Najib sama ada Pekira akan diterima sebagai parti komponen dalam BN.
"Apa yang penting, saya harap calon daripada Pekira akan dilantik sebagai Senator Dewan Negara," katanya lagi.
Malah, beliau sendiri sedia dicalonkan sebagai Senator jika Perdana Menteri setuju dengan cadangan itu.
Bagaimanapun, Mohd Ridzuan berkata Pekira akan bergerak sebagai sebuah parti bebas jika hasrat parti itu tidak diterima sebagai parti komponen BN.
Topic Berkaitan
#ikhlas
#Mohd Ridzuan Abdullah
#Najib Razak
#Parti Ekonomi Rakyat Malaysia
#Pekira
#Pertubuhan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia
#pilihan raya umum
#PPBM
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan