awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS akan siasat tindakan dua ADUN partinya sokong Wan Azizah

Astro Awani
Astro Awani
14/08/2014
08:04 MYT
PAS akan siasat tindakan dua ADUN partinya sokong Wan Azizah
MUSTAFA: PAS akan menyiasat tindakan dua ahli dewan undangan (Adun) partinya yang menyatakan sokongan kepada Adun Kajang, Dr Wan Azizah hari ini. - Gambar Fail
PAS akan menyiasat tindakan dua ahli dewan undangan (Adun) partinya yang menyatakan sokongan kepada Adun Kajang, Dr Wan Azizah hari ini.
Perkara ini dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada The Malaysian Insider.
Mustafa diungkap sebagai berkata bahawa perbincangan terdekat akan dibuat malam ini melalui Lajnah Politik PAS, biro paling utama dalam parti Islam itu.
Komen Mustafa itu adalah ekoran 30 orang Adun Pakatan Rakyat di Selangor menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah termasuk dua Adun PAS iaitu Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin.
Saari telah berkata beliau yakin pendiriannya tidak melawan dasar PAS kerana PAS sebelum ini telah menyatakan sokongan penuh kepada Pakatan Rakyat.
Beliau turut berkata tindakannya itu adalah untuk memastikan Selangor akan masih berasa di bawah Pakatan Rakyat.
Menjelaskan keputusan itu, Shaari berkata terdapat beberapa hari lagi untuk mesyuarat AJK PAS Pusat Ahad ini, dan tingkah laku Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak dapat diterima lagi.
Ekoran sokongan 30 Adun itu, Abdul Khalid dalam sebuah kenyataan di Facebook berkata, beliau maklum tentang pengumuman Wan Azizah yang mendakwa Adun Kajang itu telah mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri Selangor.
Tambah Abdul Khalid, sehingga proses undi tidak percaya di Dewan Negeri Selangor belum lagi diadakan, pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan berjalan seperti biasa.
Topic Berkaitan
#Datuk Mustafa Ali
#Khalid Ibrahim
#Menteri Besar Selangor
#Pakatan Rakyat
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan