Tindakan PAS tidak menyenarai pendek nama anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada 22 Mac ini dilihat langkah parti itu menghentikan legasi Nik Aziz di kerusi berkenaan.
Penganalisis politik, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, ia sekali gus usaha menghentikan politik kekeluargaan di kerusi berkenaan selain mengelakkan sebarang dakwaan unsur mengamalkan konsep 'dinasti' oleh pihak luar.
"Saya ingat itu keputusan PAS di pihak perhubungan yang dipersetujui semua pihak.
"Ia mengelakkan politik kekeluargaan dan membuktikan politik untuk diwarisi oleh ahli keluarga," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Atory mengulas pengumuman Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menyenarai pendek tiga nama sebagai calon bagi PRK DUN Chempaka.
Kata Mohd Amar, senarai itu telah dihantar kepada PAS Pusat untuk penilaian terakhir dan calon yang layak akan diumumkan Ahad ini.
Bagaimanapun kata Atory, PAS juga boleh mempertimbangkan anak Allahyarham Nik Aziz jika melihat individu berkenaan mempunyai kebolehan untuk memimpin.
"Ia subjektif, kalau anak dia (Allahyarham Nik Aziz) lebih berketerampilan, bagus juga jika dipilih.
"Mungkin PAS mahu muka baharu di sana, angin baru selepas sekian lama Allahyarham Nik Aziz di sana," ujarnya.
Sebelum ini, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali dilaporkan tidak berhasrat bertanding sebagai calon bebas pada PRK berkenaan.
Kata Ibrahim, dia tidak berupaya dari segi kewangan dan tidak mempunyai jentera pilihan raya kerana tidak menjadi anggota mana-mana parti.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh PRK DUN Chempaka pada 22 Mac manakala hari penamaan calon ialah 10 Mac.
Kerusi DUN Chempaka kosong berikutan penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia akibat kanser prostat pada 12 Februari lepas.
Astro Awani
Wed Mar 04 2015
ATORY: PAS henti 'dinasti' Nik Aziz di DUN Chempaka - Gambar fail
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
'Golongan muda UMNO jadi liar bila senior parti gila projek' - Atory
Golongan muda dalam UMNO berisiko untuk menjadi liar dan tidak mengikut nasihat sekiranya tidak dikawal senior dan veteran di dalam parti.
Rombakan Kabinet: 'Jadi atau tidak, UMNO out kalau PRU hari ini' - Atory
Konflik dalaman UMNO yang kini dilihat berada di tahap kronik akan menjadi semakin parah seandainya spekulasi rombakan Kabinet yang dikatakan diumum selepas Hari Raya Aidilfitri nanti terjadi.
Hudud: Kuat kuasa segera di Kelantan, maksiat terlalu banyak di sana - Atory
Pelaksanaan hudud perlu dilakukan segera di negara ini memandangkan jumlah maksiat yang terlalu tinggi terutama di negeri Kelantan.
Tuan Ibrahim 'malu alah', Abdul Hadi belum bagi 'signal' turun - Penganalisis
Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man disifatkan masih malu alah untuk mencabar Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar parti awal Jun ini.
PAS lagi kuat kalau Abdul Hadi sukarela undur diri - Atory
Pas dilihat akan lebih kuat seandainya Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengundur diri dari terus mempertahankan jawatan itu pada muktamar parti awal Jun ini.
PAS henti 'dinasti' Nik Aziz di DUN Chempaka - Atory
Tindakan PAS tidak menyenarai pendek nama anak Allahyarham Nik Aziz sebagai calon bagi PRK DUN Chempaka pada 22 Mac ini dilihat langkah parti itu menghentikan legasi Nik Aziz di kerusi berkenaan.
Hasrat Khairy bawa usul transgender ke Perhimpunan Agung UMNO dibidas
Hasrat Khairy Jamaluddin untuk membawa usul transgender semasa Perhimpunan Agung UMNO akhir bulan ini dilihat sebagai langkah untuk menarik perhatian masyarakat semata-mata.