Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man disifatkan masih malu alah untuk mencabar Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar parti awal Jun ini.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Muhammad Fuad Othman berkata, keputusan itu juga dilihat kerana Abdul Hadi masih tidak memberi petanda akan turun daripada jawatan tertinggi parti yang dipegangnya sekian lama.
"Abdul Hadi belum cakap dia mahu turun malahan tidak ada sebarang signal untuk melepaskan jawatan itu. Jika dia kata mahu turun, baharulah Tuan Ibrahim tidak malu alah untuk menerima jawatan itu.
"Bukan sahaja Tuan Ibrahim, saya rasa ada dua atau tiga nama lagi akan menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu jika Abdul Hadi kata dia akan lepaskan kerusi tertinggi PAS itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dr Mohammad Fuad mengulas keputusan Tuan Ibrahim pada Selasa yang menolak pencalonan untuk mencabar Abdul Hadi dengan alasan percalonan itu tidak membina keutuhan parti itu.
Tuan Ibrahim turut menganggap pencalonannya sebagai Presiden merupakan satu kejutan selain melihatnya tidak pernah dipertandingkan khususnya di era Kepimpinan Ulamak.
Bagaimanapun jelas Dr Mohammad Fuad, era kepimpinan Abdul Hadi juga sudah hampir ke penghujungnya namun masih belum diumumkan waktunya.
"Semua tahu zaman Abdul Hadi sudah di penghujungnya cuma dia masih belum umumkannya lagi.
"Kalau dia umum, pasti Tuan Ibrahim akan menerima jawatan itu.
"Apa yang terjadi kini adalah budaya Melayu yang menghormati pemimpin dan akan menunjukkan kesetiaan selagi orang nombor satu belum mengumumkan untuk mengundurkan diri," katanya.
Sebelum ini Penganalisis politik, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, PAS dilihat akan lebih kuat seandainya Abdul Hadi mengundur diri dari terus mempertahankan jawatan itu.
Jelas Atory, ia akan membuka jalan kepada Tuan Ibrahim untuk menggantikan kerusi itu dengan tersusun dan perancangan seterusnya dapat dijalankan dengan lancar.
Wan Syamsul Amly
Wed Mar 11 2015
PENGANALISIS: Tuan Ibrahim (gambar) 'malu alah', Abdul Hadi belum bagi 'signal' turun - Gambar fail
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Perhimpunan bantah ICERD: Jangan emosi, elak ancam perpaduan kaum - Mujahid
Beliau mengulas mengenai satu perhimpunan besar-besaran membabitkan penyertaan ahli Pas dan UMNO yang akan diadakan di ibu negara pada 8 Disember ini.
Tun M dari kaca mata Hadi
Menurut Abdul Hadi, Dr Mahathir telah banyak belajar daripada kelemahannya mentadbir sebelum ini.
DAP mahu memusuhi Islam - Abdul Hadi Awang
Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan beberapa Anggota Parlimen DAP yang mempertikaikan usul Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2015 sebagai tidak beradab.
Ada 'broker' dan 'barua' yang curi dua ADUN PAS - Hadi
Abdul Hadi berkata pihak berkenaan memujuk ADUN Hulu Kelang Saari Sungib dan ADUN Morib Hasnol Baharuddin untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail
Di mana integriti Abdul Hadi dalam pemilihan calon MB Selangor? - Wanita Keadilan
Wanita Keadilan membidas dakwaan Presiden PAS yang berpendapat Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak layak menerajui tampuk pemerintahan negeri Selangor.
Muhyiddin cabar presiden Pas keluarkan Fatwa
Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan fatwa mengharamkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).