KUALA LUMPUR : Pas menzahirkan rasa kecewa terhadap situasi yang berlaku sehingga memaksa Parlimen dibubarkan dalam keadaan yang agak tergesa-gesa hanya dalam tempoh empat tahun lima bulan sahaja dalam Penggal Parlimen Ke-14, kata Tan Sri Abdul Hadi Awang. 

Presidennya Pas itu berkata, bagaimanapun, parti itu tetap optimis usaha penyatuan ummah tidak akan digagalkan oleh suatu agenda yang bukan untuk kepentingan awam dan negara.

"Sehubungan itu, Pas mengajak seluruh rakyat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam Piihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang sangat penting ini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. 

BACA: PM Ismail Sabri umum Parlimen dibubar, beri laluan kepada PRU15

Sebelum ini, Abdul Hadi berpendirian bahawa pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat adalah tidak wajar dan tidak perlu disegerakan.

Ia sekali gus  dilihat tidak sehaluan dengan pendirian UMNO yang mahu Parlimen dibubar dalam masa terdekat.