awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS Kedah konsisten tanding di semua kawasan tanpa Pakatan Harapan

Bernama
Bernama
16/08/2017
07:17 MYT
PAS Kedah konsisten tanding di semua kawasan tanpa Pakatan Harapan
Bulan lepas PAS Kedah mengumumkan untuk bertanding semua kerusi DUN dan Parlimen negeri ini selepas pengisytiharan DAP bahawa Pakatan Rakyat telah berkubur selain tindakan PKR yang sering membelakangkan tahaluf siyasi sewaktu bersama PAS.
PAS Kedah konsisten dengan pendirian untuk bertanding 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 15 kerusi Parlimen pada Pilihan raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi menafikan dakwaan kononnya parti itu akan bekerjasama dengan blok pembangkang lain atau pun UMNO dalam menghadapi PRU14.
"Sehingga ke saat ini, PAS Kedah bersedia untuk bertanding semua kerusi DUN dan Parlimen namun ia terpulang kepada kata putus PAS Pusat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau menyifatkan dakwaan kononya PAS Kedah akan bekerjasama dengan mana-mana parti melalui blok Pakatan Harapan (PH) mahupun UMNO sebagai satu jenaka.
"Ia sebagai usaha untuk mengelirukan ahli-ahli PAS serta menghakis kepercayaan ahli kepada kepimpinan parti," katanya.
Ahmad Fakhrudin berkata keputusan parti itu untuk tidak mempunyai hubungan politik dengan mana-mana parti dalam BN mahupun PH adalah selaras dengan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS.
Katanya sebagai contoh tidak mungkin PAS akan bekerjasama dengan PH yang ini sedang dibelenggu dengan pelbagai masalah..
Bulan lepas PAS Kedah mengumumkan untuk bertanding semua kerusi DUN dan Parlimen negeri ini selepas pengisytiharan DAP bahawa Pakatan Rakyat telah berkubur selain tindakan PKR yang sering membelakangkan tahaluf siyasi sewaktu bersama PAS.
Pada PRU13, PAS Kedah bertanding 24 kerusi DUN sementara DAP bertanding dua kerusi DUN dan PKR 10PAS menang sembilan kerusi dalam PRU13, bagaimanapun parti itu hilang satu kerusi setelah wakil rakyat Pengkalan Kundur, Datuk Phahrolrazi Zawawi menyertai Amanah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi
#Alor Setar
#bertanding
#Kedah
#Pakatan Harapan
#PAS
#pilihan raya umum
#PRU14
#tahaluf siyasi
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan