PAS Kelantan menyokong penuh keputusan pimpinan PAS Pusat yang berpendirian parti itu tidak akan 'duduk semeja' bagi mengadakan perundingan dengan DAP.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata tindakan DAP yang menjadi 'penghasut' ketika PAS menghadapi krisis dalaman dahulu menyebabkan parti itu tidak boleh dipercayai lagi.
Katanya sikap pemimpin DAP yang tidak menghormati dan menentang apa yang cuba dilaksanakan oleh PAS khususnya berkaitan hak umat Islam juga dilihat amat tidak munasabah.
"Kami masih ingat sepanjang kami berkawan dengan DAP dahulu sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) mereka tidak sepatutnya menjadi penghasut sehingga memecahbelahkan PAS," katanya kepada pemberita selepas majlis Makan Colek Bersama Media di sini, malam tadi.
Beliau mengulas saranan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Besar Selangor agar PAS kembali bersatu sebagai satu pasukan di bawah Pakatan Harapan bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Bernama
Mon Jun 27 2016
PAS Kelantan menyokong penuh keputusan pimpinan PAS Pusat yang berpendirian parti itu tidak akan 'duduk semeja' dengan DAP.
MSWP sasar lebih 50 emas di SUKMA Sarawak
MSWP menggalas misi besar apabila menyasarkan lebih 50 pingat emas selain menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini.
Maritim Malaysia tahan dua bot, sita barangan lebih RM160,000 di Tawau
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan tiga lelaki kerana melanggar syarat sah lesen dua bot melibatkan sitaan lebih RM160,000 di perairan Inderasabah dekat sini, semalam.
Inisiatif FLYsiswa disambung semula mulai hari ini - MOT
Inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan FLYsiswa disambung semula, bermula hari ini.
Copilot kini boleh digunakan pada OneDrive – Rumus kandungan fail sebelum dikongsi
Bulan Oktober lepas, Microsoft telah mengemas kini OneDrive pada versi web dengan antara muka baharu.
Tumpuan Jumaat - 03 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lelaki ditahan lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan di sebuah inap desa di Tampin, dekat sini pada Sabtu lepas.
AWANI Ringkas: DVS Selangor buka kertas siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saman fitnah: Mahkamah tolak rayuan bekas Ahli Parlimen Padang Serai
Pada 23 Feb tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan saman fitnah pasangan itu terhadap Gobalakrishnan dan memerintahkan beliau membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada mereka.
Tinjauan CGTN: 80 peratus responden Perancis sanjung pengaruh China
Nilai dagangan antara China dengan Perancis meningkat lebih 800 kali ganda sejak kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik 60 tahun lalu.
Anwar harap terminal baharu LTSIP jana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan
Anwar Ibrahim berharap terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa satu, yang mula beroperasi semalam, mampu menjana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan.
PRU15: Che Abdullah tidak lagi janggal berpakaian biru ketika berkempen
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Tumpat Datuk Che Abdullah Mat Nawi mengakui merasa janggal pada awalnya kerana memakai baju berwarna biru ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15.
PRU15: Che Loh akui ada cubaan memboikotnya
Che Abdullah Mat Nawi mahu tebus maruah diri dan keluarga pada PRU15.
Che Lah sah calon BN di Tumpat
Ahmad Jazlan juga memaklumkan, Che Abdullah akan bertanding mempertahankan kerusi parlimen Tumpat menggunakan lambang BN.
KRPPM mahu pertingkat integriti, tadbir urus, cegah rasuah
KRPPM Integriti, Governan dan Anti Rasuah akan memastikan perubahan sistematik dan legislatif bagi mempertingkatkan integriti, tadbir urus serta pencegahan rasuah di Malaysia.
Kehadiran penyokong ke stadium legakan 'kantung' kewangan pasukan
Kebenaran itu memberi peluang kepada pasukan menjana pendapatan menerusi jualan tiket, jersi dan sebagainya.
Bekas timbalan menteri lapor polis difitnah isu salah guna kuasa
Che Abdullah Mat Nawi membuat laporan polis berhubung penyebaran di media sosial yang didakwa memfitnah beliau berkait isu penyelewengan dan salah guna kuasa.
PN tumbang atau tidak, hanya boleh ditentukan melalui sokongan Ahli Parlimen - Che Abdullah
Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata sokongan Ahli Parlimen kepada kerajaan Perikatan Nasional hanya boleh diketahui apabila Parlimen bersidang.
Video nikah tular: Timbalan menteri mohon maaf
Che Abdullah berharap agar semua pihak dapat memberikan ruang dan menghormati privasi keluarganya.
Syarat import lembu hidup diperketatkan elak LSD - MAFI
Setakat ini sebanyak 81,252 ekor ternakan lembu di 9,108 premis atau ladang telah diperiksa.
MAFI ambil langkah stabilkan harga barangan asas pada musim perayaan
MAFI mengambil beberapa langkah untuk menstabilkan harga barangan keperluan asas sepanjang musim perayaan Aidilfitri.